Khamis, 10 September 2009

NIZAR PASBERG: ANWAR DIKTATOR DALAM ABIM

Anwar Ibrahim dan Abim amat sinonim. Tanpa Anwar mungkin tidak wujud Abim. Hari ini Abim terus berkembang dan bergerak lebih kehadapan dari lain-lain pertubuhan belia. Tadi TM melawat laman web Abim ternyata Abim amat cemerlang di dalam dan luar negara. Pucuk kepimpinannya dilihat lebih bermotivasi dan progresif.

Jika dahulu Abim amat dibayangi oleh Anwar, sebut sahaja Abim pasti terbayang Anwar . Malah sewaktu Anwar menjadi TPM orang-orang Abim amat kuat menyokong perjuangan Islam Madani yang dibawa oleh Anwar. Apakah fenomena tersebut masih wujud?

Malam tadi TM dalam gebang-gebang dengan rakan-rakan veteren yang seangkatan dan seusia dengan Anwar. Topik perbincangan ialah belia melayu dan hala tuju mereka hari ini. Nampak jelas hala tuju belia melayu hari ini amat ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan kelab-kelab belia atau persatuan belia kaum-kaum lain.

Topik belia ini akan disentuh dalam posting -posting yang akan datang. Belia adalah pemimpinm masa depan kita. Belia Melayu mesti kuat dan mempunyai jati diri agar kemerdekaan tanah air dapat dikekalkan.

Lihat saja bumi Palestine. Pejuang-pejuang Palestine adalah terdiri dari belia-belia yang mempunyai jati diri yang kuat. Palestine juga merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri keajaiban. Apakah keajaibannya? Jawabnya ialah Pelestine merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai kadar kelahiran anak lelaki yang tertinggi di dunia.

Opp. sudah lari tajuk!!!. berbalik kepada tajuk ialah Anwar diktator dalam Abim. Kisahnya begini. Pada awal penubuhan Abim cawangan Taiping, individu ini meruapakan salah seorang daripada AJK penaja. Tetapi apabila sudah berdaftar dan mengadakan persidangan agungnya. Maka Anwar akan yang menunjuk ini, ini, ini dan ini adalah AJK dan ahli hendaklah akur dengan keputusannya. Akibatnya individu ini diketepikan begitu sahaja. Peranan dan penat lelah menghidupkan Abim dipandang sepi oleh Anwar. Ini lah isu pokok yang TM ingin utarakan.

Sebenar sikap diktator belia bukan sahaja dalam Abim , bahkan dalam Umno pun begitu. Hari ini sifat dan sikap diktatornya tidak pernah luntur atau padam. Dalam parti PKR sendiri sikap diktator nya tidak pernah pudar. A katanya A lah , jika B, maka B lah. Tidak ada langsung sifat dan sikap demokrasi bermesyuarah dalam hidupnya.

Kepada generasi baru yang baru mengenal Anwar mungkin sukar menerima hujah-hujah TM. Anwar dianggap pemimpin masa depan yang lebih Islamik , lebih telus , lebih tranparensi dan bermacam-macam lagi pujian dan telahan.

Dalam Pkr sendiri orang-orang melayu yang berjuang atas landasan betul yang membela Anwar sewaktu Anwar disingkirkan dari UMNO hari ini sudah mula sedar akan wayang dan sandiwara Anwar dan menyebabkan rakan-rakan TM semua sudah keluar dan meninggal perjuangan yang ternyata merugikan agama , bangsa dan negara.