Amat bertuah menjadi Melayu di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaysia hari ini. Lee Kuan Yew mendakwa nama Malaysia adalah gabungan Malaya dan Siangapore. Tak kisah lah tu, yang penting kita sekarang terutama bangsa Melayu amat bertuah dapat lahir, membesar dan berkhidmat kepada negara. Menjadi warganegara yang setia dengan undang-undang dan lebih tepat lagi negara telah menggariskan 5 prinsip Rukun Negara.
Mungkin ada yang kurang senang dengan konsep Rukun Negara dan kini dengan konsep Gagasan 1 Malaysia dan ada juga yang kurang senang dengan istilah Malaysia sebuah negara Islam sehingga berani mengertak. " Nak tubuh negara Islam ? Over my dead body" tapi sampai sekarang tak mati-mati pun.
Anwar Ibrahim pun sayang akan negara ini tetapi nawaitu dia lain sikit daripada orang lain. Sebab tu Tuhan tak izinkan, berkokoklah macam mana pun, dok macam tu juga. Pok Nik pun sama kalau dia tak sayang akan negerinya dia tak akan balik ke sini. lebih baik duduk di India atau di Mesir ajar orang mengaji atau ambil upah buat haji. Mereka tahu hujan emas di negara orang tak sama dengan hujan batu di negara sendiri.
Melayu dulu besar dan luas, datang penjajah buat macam tanah bapa mereka. Kita di pisahkan dengan sempadan. Tak cukup dengan itu. pemikiran kira diracun dan dihasut supaya dua negara serumpun berperang dan bercakaran.
Untung kerana laut memisahkankan dua rumpun bangsa ini. Jika tidak kita akan menjadi seperti kaum peribumi di benua Afrika. Penduduk sama warna, sama keturunan, dan mengikut kajian manusia ata penduduk dunia berkembang dari Afrika.
Hari ini Afrika tak pernah aman. sesama mereka bergaduh bercakaran dan membunuh sesama kaum, yang hanya berbeza dari segi agama. ada yang Kristian, ada Islam dan ada Pagan. Jika penduduk Afrika bersatu. mereka akan menjadi lebih kaya dan lebih kuat dari Polis Dunia.
Kumpulan penyangak ini , ingin pula memecah belahkan masyarakat Melayu di gugusan kepulauan Melayu. Tak cukup dengan perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Kini minda kita dijajah secara dunia tanpa sempadan.
Tun Mahathir telah berpesan akan bahayanya dunia tanpa sempadan dan hari ini ia sudah menjadi kenyataan kerana bukan sahaja Indonesia di timpa bala, negara kita juga turut sama di timpa bala. Lihat lah sejak 10 tahun kebelakangan ini. Semua orang tahu dan kenal siapa yang membawa bala kepada negara kita.
52 tahun usaha membangunkan sumber tenaga dan kejayaan yang dicapai tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. tetapi sayang bak kata orang tua-tua sepertu menolong anjing tersepit. tangan kiata di gigit, bukan setakat luka sahaja tetapi gigit sampai hancur. Inilah bangsa kita yang lupa daratan, lupa asal usul , lupa mengucapkan terima kasih, benarlah kata Tun Mahathir "Melayu mudah lupa"
cukuplah,,,,fikir lah sendiri.