Isnin, 14 Disember 2009

DAP PARTI POLITIK BACUL DAN TAK GENTLEMAN


Parti Dap ditubuhkan di negara ini pada 18 mac 1966 kerana marah akan Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura. Maka dengan itu tertutuplah segala ruang dan cita-cita PAP untuk menguasai Malaysia.

LKY pernah mengugut kepada Tunku bahawa orang Cina lebih ramai di Malaysia dan Singapura akan menyokong kepada LKY untuk menjadi PM Malaysia. Tunku mesti berundur. Pada ketika itu kaum Melayu hanya 40 % sahaja. Penyingkiran Singapura dari Malaysia memberi tamparan yang hangat kepada seluruh kaum cina yang menyokong LKY dan PAP.
migrasi kaum cina ke Malaya, Singapore, Borneo dll meningkat mendadak selepas WW I dan WW II dan di setengah-setengah daerah dan bandar-bandar kaum bumiputera menjadi kaum minoriti

Dalam PRU 1969 Dap bertanding buat pertama kali dan begitu juga dengan Parti Gerakan ( Pembangkang) yang juga ditubuhkan pada tahun 1968 kerana perpecahan MCA. Gerakan berjaya menguasai Pulau Pinang. Akan tetapi di Selangor Gerakan dan Dap hanya kalah 1 kerusi sahaja kepada Perikatan.

DAP dan Gerakan tidak berpuas hati dan mendesak SPR supaya mengadakan semula PRU. Ini telah menyebabkan berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Selepas itu geraf Dap naik dan turun dalam pilihan raya di Malaysia. Samalah juga dengan Pas, ada ketika kalah teruk seperti PRU 11.

Pencapaian Pas hanya hebat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Lain-lain negeri mereka hanyalah seekor semut merah.

The DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia, based on the principles of human rights, equality, social and economic justice, and founded on the institution of parliamentary democracy.
Akhir-akhir ini selepas PRU 12 Dap berjaya menguasai pemikiran Pas dan mereka sudah mula naik tocang kerana sudah nampak sokongan Melayu terhadap mereka. Nizar Jamaluddin , Nik Aziz dan kumpulan Erdogan Pas bukan lagi menjadi halangan dan musuh bagi Dap. Mereka kita bertaraf rakan seperjuangan walaupun mimpi lain-lain.

Dap kelihatan semakin berjaya menguasai pemikiran Melayu supaya terus menyokong cita cita mereka. Pas lupa bahawa cita-cita Dap ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sosialis demokratik. berasaskan hak asasi manusia, kesamarataan sosial dan ekonomi. Ini amat tidak sesuai dengan usaha Umno untuk ke arah keseimbangan kedudukan antara kaum yang hari ini jauh beza antara mesyarakat luar bandar (melayu) dan bandar ( rata-ratanya bukan melayu)

Keseimbangan kedudukan antara kaum amat penting bagi memastikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan baik-Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini bila kehadiran blog-blog pro kerajaan dan media perdana yang menyokong kerajaan menghentam Dap maka apa yang mereka buat ialah cuba membawa medium yang menentang mereka ke mahkamah dengan membuat laporan polis terlebih dahulu.

Sebelum PRU 12 Dap dengan ganas dan keras mengecam Umno, BN dan pemimpin-pemimpin Umno. Satu benda pun Umno tak bawa kes ke mahkamah. tak buat repot polis. Selepas Dap berjaya menguasai beberapa negeri dalam PRU 12 mereka bagaikan kaduk naik junjung. Riak dan bermuka-muka.

Jelas menunjukkan Dap sebuah parti bacul dan penakut, kerana cuba membawa akhbar medium perdana seperti Utusan Malaysia ke mahkamah. Begitu juga penulis blog yang anti mereka. Hari ini TM menasihatkan supaya semua menyimpan data, video, foto .maklumat yang diperolehi sebagai bahan bukti mengenai kegiatan jahat mereka,

TM masih hairan kenapa ada Islam /Melayu masih menyokong parti dajal ini, sehinggakan sudah ada cawangan Dap Melayu di Lembah Kelang.