Selasa, 15 Disember 2009

Kemalangan di Melaka

Kejadian letupan gas di Jaya Jusco Melaka telah mengorbankan seorang lelaki. Mangsa yang maut ialah penyelia sebuah restoran, Tiau See Peing, 25. dan tiga lagi yang separa kritikal antaranya adalah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32 dan Ooi Kok On, 33.

Ini berita yang kita baca dan disiarkan di media. Ada satu lagi kes di mana seorang pelajar cina dari sebuah sekolah menengah di Kamunting Taiping juga telah terkorban semasa melintas jalan di Melaka. Pelajar ini adalah peserta rombongan dalam lawatan ke Melaka. Difahamkan waktu kejadian , rakan-rakan yang lain sedang makan. Hari ini juga Pengarah Pelajaran terpaksa bergegas ke sekolah tersebut untuk menyelesaikan kes ini.

Pasti akan ada yang menyalahkan kerajaan dan mugkin kerajaan akan disaman berjuta-juta ringgit. Senang cerita ialah sekolah jangan lah buat rombongan , menyusahkan sahaja. Bila jadi macam ini guru akan terima padah.