Isnin, 18 Januari 2010

KELANTAN PATUT MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD


Pas telah menguasai Kelatan hampir 20 tahun untuk kaki ke 2 atau ke 3. Pas juga pernah membuat satu draf mengenai hukum hudud, tetapi menyalahkan Tun Mahathir kerana tidak meluluskan hukum tersebut.

Zaman pemerintahan Najib , eloklah membenarkan Kelantan di bawah Pas melaksanakan hukum hudud dan kita boleh lihat setakat mana kemampuan mereka melaksanakannya.

Hari ini kita lihat sendiri bagaimana tak standardnya undang-undang syarie di negeri tersebut. Dulu pernah berlaku satu kes dimana seorang pemimpin Pas di tangkap berkhalwat dengan isteri orang dan akhirnya dilepaskan begitu sahaja. Hari ini juga berlaku sekali lagi dalam kes pemimpin Pas. Cuma kali ini bukan kes khalwat tetapi perkahwinan tanpa wali yang sah.

Pemimpin dan isterinya dari negeri yang sama, bermastautin dalam negeri yang sama, permpuan mempunyai wali tetapi telah dilarikan dan berkahwin di Pattani. Memang lah dari Kota Bahru ke Pattani jauh tetapi kena tak dibuat di Golok atau Tak Bai yang lebih dekat. Buat di Pattani hanyalah helah untuk membolehkan mereka berkahwin.

Nampaknya urusan nikah kahwin menjadi mudah di Kelantan dan Selangor hari ini. Selepas ini akan ramai yang mengikut jejak pemimpin Pas berkahwin di Siam.