Selasa, 10 April 2018

Tan Seng Giaw Konsisten PM Najib Tak Terlibat Skandal 1MDB



Biarpun digugurkan sebagai calon DAP di Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw tetap mempertahankan pendiriannya bahawa PM Najib Razak tidak terbabit dalam skandal 1MDB.

Tan lah satu-satunya pemimpin DAP yang berani menyatakan pendapatnya walaupun bertentangan dengan pendirian parti. Kata Tan, pendapatnya itu berdasarkan laporan PAC, di mana dia merupakan Timbalan Pengerusi bagi jawatankuasa untuk meneliti dakwaan skandal 1MDB itu.

Tan tak berkompromi bahawa setiap tuduhan perlulah disertakan dengan bukti. Dan dalam isu 1MDB, tak ada satu bukti pun yang mengaitkan PM Najib dengan kontroversi syarikat itu. Bukan macam pemimpin DAP dan Pakatan yang lain, tuduh secara melulu. Semua fakta dipusing asalkan dapat burukkan PM Najib. Tabik pada Tan, tetap konsisten dengan prinsipnya biarpun nasib yang jadi galang ganti.   

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP