Tindakan DS Najib untuk mengadap YDP Agong berhubung keputusan Mahkamah dilihat satu jalan paling baik untuk menyelesaikan krisis terbaru ini. Ia selaras dengan memorandum yang dibuat dalam bantahan diseluruh negara.
Rupa-rupanya ramai bangsa kita (Melayu ) yang tidak tahu akan isu ini, dan tak faham kesan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Mereka tidak membaca berita, tidak mendengar berita atau menonton berita tv, mudah cakap , tak ambil tahu. Ramai yang terpinga-pinga bila diajukan soalan isu ini, yang pelik bila tak tahu mereka tak juga ingin bertanya sebaliknya membuat muka sardin. Ini lah masalah anak-anak Melayu hari ini yang hanya tahu senang, bergembira, sms sana sini, joli sana sini tapi tak ambil tahu masalah negara.
Melayu memang tak ramai dalam perundangan. Hakim dan peguam-peguan hari ini ramai anak-anak India dan Cina. Dulu-dulu penyertaan Cina dalam perundangan ini adalah kecil tetapi jumlah mereka hari ini semakin bertambah. Melayu Islam makin ramai beralih bidang ke undang-undang syariah sahaja. Peguam melayu kena sertai kedua-dua bidang sivil dan syariah. Inilah kelebihan peguam Melayu.
Dalam majlis peguam pun Melayu tidak ramai dalam Jawatankuasanya. Malah dengan harapan melantik Malik Imtiaz dalam AJK pun tidak nampak akan peranannya Islam dalam majlis itu. Imtiaz tidak lansung membela kes-kes yang bersabit dengan syiar Islam. Ramai ahli-ahli dalam majlis peguam tidak senang dengan Imtiaz dan suku-sakatnya. Ramai dalam AJK adalah orang kuat dalam PKR dan lain-lain parti pembangkang.
Perlembagaan persekutuan juga dilihat ada lopehole dan kaum lain mengkaji setiap baris yang ada dan lompang yang ada akan diisi dengan agenda mereka.