Jumaat, 1 Januari 2010

PERLANTIKAN KETUA POLIS DIPUTUSKAN OLEH PARLIMEN?

Demo menentang PPSMI
PRK Permatang Pasir
Militan Pas memberi arahan
Samseng Militan

Malam tadi di astro awani Salehudin Ayub telah mencadangkan supaya Parlimen berubah dan membolehkan Ketua Polis Negara dibentang dan dibahaskan di parlimen sebelum perlantikan dibuat. Perlantikan bukan diputuskan oleh Perdana Menteri tetapi oleh suara ramai dalam parlimen. Apa pandangan anda?

Jika TM melabelkan beliau ini bengong tahap bahalol dan tak layak menjadi ahli politik mungkin ada orang marah dan terasa hati. pada hakikatnya itulah yang sebenarnya atau dia sengaja bermain isu ini kerana tak ada modal berhujah beliau juga menyentuh semua termasuk ISA juga.

Berbalik kepada isu perlantikan Ketua Polis. Ini adalah strategi pihak pembangkang ingin campur tangan dalam urusan kerajaan. Ya mereka berhak bersuara tetapi kerajaan yang memerintah ada hak dalam urusan perlantikan ini.

Jawatan Ketua Polis adalah jawatan dalam sektor awam. Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ialah badan yang bertanggung jawab dalam pengurusan kenaikan pangkat. Pada peringkat paling kanan biarlah pihak politik yang berkuasa menentukan siapa yang layak naik menjadi Ketua Jabatan. Perdana Menteri adalah daripada Parti BN yang menang dalam PRU.

Lagi pula mengapa Ketua Polis sahaja menjadi isu kenapa tak bangkitkan beratus-ratus lagi ketua-ketua jabatan seperti Ketu Pengarah Imegresin, Ketua Pengarah Kastam, Ketua Pengarah Pelajaran dan ramai lagi.

Hari ini dalam membentang rang undang-undang dan pindaan pun adakalanya sampai lewat malam. Bayangkan jika nak bahas dan memilih semua ketua-ketua jabatan dalam kerajaan dibawa ke parlimen. Ini kerja gila...

Pihak pembangkang seperti Salehudin Barry Wain and the gang sebenarnya yang tidak faham fungsi parlimen. Apa juga isu hendaklah dibincangkan dalam dewan. Jika sesuatu isu telah ditolak maka pembangkang hendaklah bersikap gentleman dan menerima kekalahan pengundian, bukan bawa isu ke jalan dan berdemontrasi seperti yang berlaku sekarang.

Gunakan medium yang betul untuk bersuara, Harakah dan lain-lain akhbar tabloid ada, gunakan lah, mengapa perlu buat huru hara di jalanraya.

Berbalik kepada kes ALMENANTUYA di Kelantan. Adakah Nik Aziz membawa cadangan melantik Almenantuya ke dewan DUN? Adakah perlantikannya mendapat sokongan Dun ? Sila jawab wahai Salehudin Barry Wain.