Isnin, 15 Februari 2010

ANWAR IBRAHIM: MAHFUZ MENGESAHKAN WUJUD GERAKAN MILITAN PIS YANG BERGERAK SECARA GERILA

Parti Islam Malaysia (PIS) atau Parti Kencing telah mengakui bahawa mereka telah meniru cara perjuangan komunis dunia khusus untuk menawan dan merampas Perak daripada Barisan Nasional. PIS menggunakan tetap akan menggunakan slogan 11 bulan lebih baik berbanding 50 tahun.

Gerakan militan ini akan menyusup masuk ke segenap kampung dan bandar untuk mempengaruhi minda dan akal manusia supaya menyokong gerakan militan mereka. Sama seperti gerakan militan yang dilakukan oleh Gerakan bintang Tiga seperti sebelum merdeka dahulu.

"Untuk mencapai cita-cita dan matlamat, PIS akan melakukan apa sahaja, asalkan cita-cita tercapai , walaupun terpaksa bersahabat dengan syaitan sekali pun. Ini adalah kerana PIS dan Dap sahaja akan mampu menumbangkan kerajaan BN yang memerintah. Buruk atau baik tidak menjadi soal. yang penting kita mesti merampas semula Perak."



KUALA LUMPUR, 12 Feb: Seluruh jentera Pakatan Rakyat Perak perlu menggunakan pendekatan 'gerila politik' bagi terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat negeri itu jika mahu pakatan rakyat menguasai semula pada Pilihan Raya akan datang.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, 'gerila politik' adalah pendekatan bertemu rakyat secara langsung di tempat tumpuan mereka dan menjelaskan rekod kejayaan pakatan sepanjang 11 bulan memerintah negeri itu berbanding 50 tahun diperintah Umno.

"Bukan angkat senjata berperang ala-ala gerila. 'Gerila Politik' ialah buat program penerangan di kedai kopi, Pasti, padang bola, sekolah melalui PIBG atau rumah secara kecil-kecilan tetapi mesti banyak dan berterusan," jelasnya.

Starategi itu jelasnya lebih berkesan kerana rakyat rasa seperti diambil peduli malah lebih penting mereka terasa dekat dengan Pakatan Rakyat.

"Kita 'Gerilawan Politik' perlu kembali mendekati para pemimpin masyarakat, agamawan, Pengerusi PiBG, Pengerusi Persatuan Kemasyarakat dan sebagainya kerana mereka secara fundamental, saya yakin tidak menyokong tindakan Umno kudeta kerajaan Perak.

"Kalau boleh buat kenduri kecil-kecilan, minum-minum teh sambil mencicah roti empat segi dan jentera kita perlu banyak mendengar dari banyak bercakap," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Selain itu, penguasaan terhadap teknologi semasa seperti jaringan soaial facebook, twitter, blog, youtube dan sebagainya harus diambil berat dan dimaksimumkan penggunaannya untuk tujuan sama.

Pakatan Rakyat Perak pada waktu ini jelasnya sedang berada pada 'fasa ketiga' iaitu fasa selepas memerintah (fasa pertama) dan dirampas kuasa (fasa kedua).

"Selepas Mahkamah mengetepikan permohonan Datuk Seri Nizar dari menjadi Menteri Besar Perak yang sah, sekarang kita menempuhi 'fasa ketiga'," jelasnya.

Berada di fasa ini jelasnya, Pakatan Rakyat sewajarnya menjadi lebih kuat kerana sudah masak melalui fasa pertama dan kedua.

Kepimpinan PAS tegasnya akan bersama-sama pakatan rakyat Perak, menggunakan seluruh peluang yang ada bagi menjayakan fasa ketiga ini.
sumber: www.harakahdaily.net