Rabu, 17 Februari 2010

ANWAR MERADANG DAN MEMBERONTAK LAGI, MALAM INI SIAP!!! DAPAT MIC, AKU BALUN MAHKAMAH HABIS-HABISAN

Jantung Anwar berdegup kencang, bukan kerana takut dan kecut, tetapi kerana marah yang amat sangat. 
 
Marah kepada Mahkamah kerana menolak tuntutan membatalkan pertuduhan kes liwat. Pelik bin ajaib kerana orang yang kena tuduh mohon kepada mahkamah supaya membatalkan tuduhan. 
Tidak pelik seandainya Saiful yang memohon untuk membatalkan tuduhan. Wel-wel wel...Apa sudah jadi wahai Cifut? 
Satu lagi kes Qazaf....Ingatkan dia bawa kes untuk menuduh Saiful tetapi meminta pihak mahkamah dan kerajaan mengenakan tuduhan Qazaf terhadap Saiful. 
Apa punya gila, nak menipu rakyat pun biar lah bertempat. Atas pentas ceramah boleh lah kelentong itu dan ini. Semua orang salah, dia saja yang betul. Pooorah Chittt.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan kes liwat terhadap beliau apabila Mahkamah Rayuan menolaknya sebentar tadi.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan satu penyahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama dengan hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah.

Mereka membuat keputusan itu selepas selepas mendengar hujah Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagi pendakwaan dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar minggu lalu.

Pada 1 Disember tahun lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, menolak permohonan Anwar supaya pertuduhan liwat ke atasnya digugurkan.

sumber - berita harian