Khamis, 4 Februari 2010

MISBAHOL MUNIR YANG PENGECUT (klik untuk ke blog beliau)

Tulisan Misbahol Munir dalam blognya menunjukkan beliau sorang ahli politik longkang. Sebagai seorang yang berjawatan Setpol beliau hendaklah meletakkan dirinya ditempat yang baik. berbahasa seperti ahli politik yang penuh diplomasi. 


Tertanya-tanya dari mana datangnya mamat ini. Dalam dua posting di bawah membuktikan segala-galanya. Dengan mudah beliau menuduh BN takut kerana enggan membubarkan DUN. Wahai Misbahlol!! Apa kes nak bubar DUN ? Tunggulah genap 5 tahun seperti yang terdapat dalam peraturan PRU dalam akta SPR.


Yang pasti bacul dan penakut ialah beliau sendiri, kerana tidak membenarkan pembaca menulis komen atau ulasan.. Nah!!! SIAPA BACUL DAN PENAKUT???

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dari blog Misbahol;

UMNO BN cukup takut bubar DUN Perak, sebaliknya mencabar PR kosongkan kerusi. PR tidak pernah takutkan kerusinya hilang, sebab itu PR cabar bubar DUN Perak. Semua dapat bertanding semula, Zambry dapat bertanding, tiga orang yang melompat tu masih boleh bertanding.

Kalau 28 kerusi PR kosong, pilihanraya kecil diadakan semula, saya yakin Insya Allah PR akan dapat balek semula kerusi dengan majoriti yang lebih baik, walaupun bertukar calon. Tetapi BN tetap menguasai kerajaan haram Perak. Jadi tidak ada kesudahannya kemelut politik Perak.

Yang rakyat pertikai bukan 28 kerusi PR, tetapi status kerajaan BN Perak. Mahkamah Federal pula menunggu sekian lama untuk memutuskan siapa MB Perak yang sah. Jalan terbaik bubar DUN Perak, bagi peluang dan mandat pada rakyat untuk memilih semula kerajaan baru di Perak.

Ahli-ahli akdemik, penganilis politik, pakar perundangan, bahkan tokoh-tokoh politik dalam UMNO sendiri setuju bahawa kemelut politik Perak hanya akan berkesudahan melalui pembubaran DUN. Yang terbaru Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin dari UKM bersetuju bubar DUN Perak adalah jalan terbaik penyelesaian kemelut politik Perak, sebelum ini ramai lagi ahli-ahli akademik dan pakar perundangan negara yang setuju pembubaran DUN Perak, hanya pemimpin UMNO yang sombong, tak sedar diri, dangkal dan bodoh sahaja yang mempertahankan kerajaan haramnya. Apatah lagi Setiausaha Akhbar MB Perak yang tahap kecerdikannya sama macam Zambry bosnya itu.

Takut bubar DUN satu hal, nak berdebat dengan Hj Nizar pun takut. Kalau tak berani berdebat secara terbuka, boleh berdebat secara tertutup pun tak apa. Setiausaha Akhbar Zambry kalau nak tumpang glamour bolehlah berdebat dengan sdr. Safarizal Salleh, Pen. Setiausaha DPP Perak. Dulu Pemuda PAS Perak cabar Pemuda UMNO berdebat, tak juga disahutnya, sekarang saya cabar Zambry berdebat dengan Hj Nizar. Tajuk debat Setahun pencapaian PR/BN perintak Perak. Supaya rakyat boleh menghakimi debat tersebut, adakan secara terbuka, sehari selepas debat, mengadap Tuanku, mohon bubar DUN. Berdasarkan hujah masing-masing, rakyat akan membuat penilaian samada memilih PR atau BN yang akan memerintah Perak.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dari blog Misbahol


MENTERI Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.

"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.

Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.

"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.

"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.