Sabtu, 13 Februari 2010

PENDEDAHAN MENGENAI SALAH LAKU CALON PAS PADA HARI PENAMAAN CALON PRU 12

Seperti yang dijanjikan malam tadi hari ini saya akan mendedahkan sedikit mengenai salah laku seorang calon Pas Perak yang sepatutnya dibatalkan penamaan calon.

Tetapi dengan bantuan rangkaian Pas maka dia lepas dan boleh bertanding. Mungkin juga dengan istilah orang kita beliau lepas dari halangan tersebut.

TM tidak akan menyebut nama beliau buat sementara waktu. Kita tengok apa reaksi mereka. Jika Pegawai Daerah selaku Pengarah Pilihanraya Daerah terlibat sama dalam isu ini beliau juga patut diambil tindakan.

Apa yang kita sedia maklum, jika seseorang kakitangan Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang ingin bertanding sebagai wakil rakyat hendaklah meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum hari  penamaan calon.

Ramai kakitangan kerajaan dari pihak Barisan Nasional telah melakukannya dengan penuh tertib dalam soal ini.

Apakah muslihat sebenar calon ini yang tidak meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Adakah dia takut pencalonannya ditolak dan beliau boleh kembali bekerja dengan majikannya?

Jika berlaku penipuan fakta dan dokumen dalam borang penamaan calon, beliau boleh didakwa walaupun tempoh bantahan calon tamat pada jam 12.00 tengah hari. Satu laporan polis boleh dibuat selepas itu.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi;


  1. Pada pagi penamaan calon, beliau tersedar yang dia tak buat surat letak jawatan sebagai guru KAFA, Naib Kadhi dan Imam.
  2. Semasa itu ada penyokong BN sedar hal itu dan mahu membuat bantahan semasa sesi bantahan namun diketahui oleh penyokong beliau
  3. Calon gelisah dan dilihat menghubungi seseorang melalui telefon.
  4. Pegawai agama Bagan Serai ketika itu-Hasnizam (tak pasti ejaan ) telah membantu menyiapkan surat dan dipercayai telah back dated
  5. Calon dapat menunjukkan bukti pada hal sebenarnya surat itu disiapkan pada pagi hari penamaan calon iaitu hari Ahad.
  6. Hari Ahad, pada logiknya pejabat kerajaan tutup kecuali negeri-negeri lain seperti Kedah dll.
  7. Beliau sendiri telah bercerita hal ini kepada seorang penyokong BN (tidak tahu bahawa individu tersebut penyokong BN) bahawa beliau tidak tahu tentang keperluan meletakkan jawatan apabila bertanding dlm PRU
  8. Beliau juga secara tidak sedar pernah mendedahkan tentang baaiah jatuh talak jika keluar meninggalkan parti di dalam ceramah sewaktu PRK P59 lalu.