Parti Islam Semelayu ( PIS) cukup risau dengan konflik yang berlaku dalam PKR dan DAP. Pis bertambah risau sekiranya YB Zulkifli Nordin menjadi Presiden PKR.
Bukan sahaja PIS yang risau tetapi kelompok Azmin, Tian Chua, Sivarasa dan beberapa individu lain yang tidak gemar dengan sikap melawan yang ditunjukkan oleh YB Kulim.
Zulkifli mementingkan kebenaran dan lebih kearah Islam. Sedangkan ramai dalam PKR lebih bersifat sekular dan Islam moderate. Ini amat bertentangan dengan YB Zul.
Oleh itu YB Zul perlu disingkirkan daripada PKR. PKR pada lahiriahnya sudah berkubur. Banyak cabang dan ranting sudah runtuh menyembah bumi. Tinggallah batang pokok yang kering dan gersang, tanpa air dan tanpa baja.
Jika PKR terus berkubur, maka kerjasama PIS dan Dap akan tergugat. Jalinan PIS dan DAP adalah tersimpul erat kerana PKR.
Jika runtuh Pakatan maka PIS akan terus gigit jari kerana cita-cita untuk menawan beberapa negeri seperti Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri akan terbantut.