Sabtu, 20 Mac 2010

PEMBANGKANG CUKUP BERMINAT DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Akhir-akhir ini  parti pembangkang amat berminat mengkaji dan mengupas Perlembagaan Persekutuan. Mencari lompang, mencari ruang untuk keuntungan politik mereka.

Jika dahulu mereka mengusung keranda kononnya membela Perkara 152 dan 153. Tetapi jelas ia hanya gimik politik tanpa sebarang alasan kukuh. Bila isu Kalimah Allah di bangkitkan oleh Khatolik Herald mereka diam seribu bahasa.

Kini muncul pula idea Lim Guang Eng dan disokong oleh Khalid Ibrahim mengenai Pemilihan Kerajaan Tempatan. Untuk mengukuhkan tuntutan mereka, Perkara 113 (4) telah dibangkitkan.

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri.
Perkara 113 (4) itu menyatakan “Undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal 1″.

Tahniah kepada kepada Dap kerana membuka isu ini  dan diharap agar Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang dapat meminda Perkara 113 supaya lebih releven dengan senario politik semasa.

TM juga berharap Pembangkang supaya membaca dan memahami Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dan sebagainya

Perkara 149 ialah Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat

 Bukan itu sahaja malah perkara-perkara lain seperti Perkara 70,71 dan 72 juga perlu difahami dan dihormati.  TM juga berharap bangsa Melayu jangan terpedaya dengan mainan politik pembangkang yang membangkitkan isu-isu yang sensitif dan boleh mengundang kemarahan bangsa Melayu.

Satu perkara lagi yang perlu dihormati oleh kaum-kaum lain ialah pengorbangan Raja-Raja Melayu dalam usaha menghasilkan Perlembagaan Persekutuan juga harus dihormati. Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu adalah Wasiat Melayu, wasiat bangsa Melayu.

Isu Tanah Resab Melayu juga satu perkara yang sensitif tetapi orang Melayu tidak pernah melompat dan menuntut agar setiap orang Melayu diberikan sebidang tanah secara mandatori.