Selasa, 13 April 2010

ORANG INDIA CUKUP BERUNTUNG MENJADI RAKYAT MALAYSIA

Sebelum masuk sekolah lagi datuk TM pernah menceritakan bahawa orang Hindu ini ada 4 kasta. Yang paling tinggi ialah kaum Brahmin diikuti oleh kumpulan yang rendah sedikit iaitu Kesatria, ketiga ialah iaitu Vaisiya dan ke empat paling rendah dan hina ialah kaum Pariah.

Brahmin terdiri dari kaum bangsawan , guru dan juga Paderi , berkulit cerah dan menggunakan nama-nama yang hebat seperti Nathan  Lal , Prem,  Prasad dan sebagainya.

Kesatria juga tinggi martabat kerana bergelar Inspektor Sahab jika menjadi polis, Kapten Sahab jika tentera , kebanyakan ahli politik India adalah dari kasta ini.

Golongan petani, pedagang dan ahli seni adalah dari kasta Vaisya.

Golongan Pariah adalah golongan buruh atau coolie. Kumpulan inilah yang paling ramai di negara kita, mereka dibawa ke Malaya ketika zaman British.

Datang sebagai coolie untuk bekerja di ladang getah milik British, menjadi tukang sapu di pejabat kerajaan, bekerja dengan keretapi sebagai coolie membina dan menjaga jalan keretapi. Ramai juga yang bekerja dengan PBT sebagai tukang sapu dan mengangkat najis.

Hari ini zaman sudah berubah. setelah 53 tahun menjadi rakyat Malaysia yang merdeka kaum paling rendah kastanya sudah sama taraf dengan golongan Brahmin, Kesatri dan Vaisya dinegara ini.

Golongan doktor, guru, peguam , jurutera yang dahulunya hanya dari golongan kasta tinggi kini sudah dimonopoli oleh golongan kasta rendah ini.

Ramai yang sudah menjadi jutawan dan ramai yang bergelar Dato , Tan Sri dan sebagainya.  Malah golongan bangsawan kelas atasan terpaksa tunduk kepada golongan bawah ini keran mereka sudah berkuasa dan berjaya.

Hari ini tidak ada lagi Aci (mak cik)  yang bergerak dari satu rumah ke satu rumah untuk ambil upah mencuci pakaian. Jarang sekali melihat kaum ini berada di atas lori sampah atau pun menjadi tukang sapu di bandar-bandar.  Malah tukang sapu di pejabat kerajaan pun sudah tidak kelihatan golongan ini.

Adakah mereka pupus kerana penghapusan etnik seperti mana tuduhan Hindraf? Atau mereka sudah balik India?  Jawapannya ialah golongan tersebut kebanyakannya sudah mati dan jika ada pun sudah tua dan uzur.

Mereka ini sudah senang lenang kerana anak cucu mereka tidak lagi menjadi tukang sapu, tukang cuci longkang, tukang angkat najis atau kuli jalan keretapi.

Anak cucu mereka sudah berkereta besar, sudah tinggal di rumah banggalow, berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. Ini adalah mereka yang berjaya merubah nasib hidup mereka.

Bagaimanapun bagi golongan yang enggan berubah masih lagi menjalani kehidupan yang susah seperti datuk nenek mereka dahulu. masih kekal tinggal di rumah-rumah kongsi dalam ladang-ladang kelapa sawit ( dahulunya getah)

Ada juga yang cuba berhijrah ke bandar-bandar dan bekerja sebagai buruh dan meneruskan budaya dan kasta mereka. Golongan ini ramai yang berada dibawah paras kemiskinan dan golongan ini juga terutama lelaki ramai yang terjebak dengan kegiatan jenayah.

Bentong Kali, Kugan dan baru-baru ini dua beradik telah ditembak mati oleh polis di Taiping dan ia menjadi isu yang panas terutama kepada HINDRAF.  Kugan juga menjadi tajuk panas akibat mati dalam tahanan.  Maka timbullah usul supaya polis hanya boleh menembak paras kaki sahaja, tak boleh tembak sampai mati.

Apa kes ini? Apakah penjenayah juga tidak boleh menembak badan dan kepala polis? Adakah penjenayah akan tembak kaki polis?

Tak masuk akal idea tersebut,  Kalau jahat, mencuri, merompak dan membunuh, serta dikategorikan sebagai penjenayah bahaya , buat apa tembak kaki.. tembak sajalah tang mana pun jika mereka juga berniat hendak membunuh polis. Nasib lah polis jarang yang mati,

Ada seorang rakan yang telah ke India untukkk melihat ayahnya yang uzur sakit tua, dia pun tak sanggup hidup di sana kerana rasuah dan sistem kasta.  Baginya Malaysia adalah bumi yang terbaik untuk meneruskan kehidupan mereka.

Dahulu bapanya adalah kuli ladang dan anak nya lahir di Malaysia. Beberapa tahun kemudian ibunya mengambil keputusan untuk balik India bersama anak perempuan mereka dan ayahnya berjanji untuk menyekolahkan anak lelakinya di Malaysia sehingga anaknya bekerja sebelum balik mengikut jejak isterinya.

Setelah anaknya berjaya bekerja dengan kerajaan dan berjaya memperolehi ijazah , bapanya mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman mereka di India dan meninggal dunia. Rakan TM sempat juga berjumpa ayahnya sebelum meninggal.

Oleh itu kepada Hindraf yang masih aktif menghasut kaum India terutama Pariah , supaya menghentikan agenda mereka dan hiduplah dengan harmoni di bumi Malaysia.