Selasa, 13 April 2010

PRK HULU SELANGOR PANAS DI MUSIM KEMARAU

PRK P94 adalah cabaran besar terhadap BN dan juga Pakatan 'Haram' Rakyat.  Kepimpinan Umno berpegang kepada setia ikatan janji.

Kerusi P94 milik MIC maka calonnya mesti lah ahli MIC dan 3 nama sudah pun disebut-sebut untuk final countdown.

Bekas calon lama yang kalah telah melobi sakan untuk dicalonkan semula. Sedangkan rata-rata pengundi sudah pun menolak beliau . Mungkin bersandarkan kekalahan yang tipis menyebabkan beliau berkeyakinan boleh menang jika diberi peluang buat kali kedua.

Manakala dua calon lagi adalah darah muda dan lebih semangat dan sarat dengan idea dan agenda baru jika terpilih sebagai calon. Mungkin mereka dapat mengembalikan keyakinan pengundi muda.

Umno juga ingin meletakkan calon lama orang lama. Beliau juga mungkin telah melobi sakan supaya akar umbi mencalonkan nama beliau. Akan tetapi Umno perlu wajah baru dan juga jika mahukan calon Umno bertanding di situ. Kalau muka lama tak payah lah.

Bagaimanpun benarkah orang Hulu Selangor mahukan beliau?

Keputusan muktamat ialah MIC akan bertanding. Umno kena tutup mulut dan terus membantu calon Mic. Harap kali ini semua 14 parti komponan BN akan bergantding bahu untuk memenangkan calon BN.

Inilah masanya komponan parti India seperti MIC, PPP, IPF PPPM( Dato Nala) Makhal Sakhti duduk semeja berbincang bagaimana hendak memastikan 100% ahlinya mengundi calon BN kali ini.

Gerakan dan MCA juga tidak harus duduk diam. Kena meyakinkan agar 100% ahli parti mengundi calon BN. Jangan ada lagi undi protes seperti yang berlaku pada tahun 2008.

Nama Samy Vellu nampaknya tidak digemari oleh orang India di Hulu Selangor. Kadatangannya ke sana minggu lepas telah menyebabkan berlaku ketegangan sesama sendiri.  Eloknya DS Samy melancong ke India atau lain-lain tempat.

Chua Soi Lek ahli politik yang cukup perform hendaklah sekali lagi menunjukkan performance nya di Hulu Selangor.

Pakatan Haram nampaknya sudah bulat hati untuk mencalonkan Zaid 'KATAK' Ibrahim. Posternya juga sudah banyak di pamerkan.

Pakatan Haram tidak berani meletakkan calon India seperti mana BN kerana ingin memancing undi Melayu.

Tian Chua orang kuat gerakan demokrasi anjuran Barat terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Barat. Tian Chua adalah penyokong Baju Merah di Thailand. Gerakan mereka ialah ARDA.

PKR sebenarnya anti Melayu dan anti sistem beraja. anti 152 dan 153 dengan bijak meletakkan calon Melayu yang penuh kontroversi untuk menipu pengundi Melayu.  Menteri Besar pun nampaknya telah berkampung di Kuala Kubu Bharu  dan beliau telah cuba sedaya upaya untuk mematahkan apa jua kempen oleh BN.

Beliau akan menggunakan semua jentera kerajaan negeri untuk menghalang program BN seperti tidak membenarkan BN berceramah di Stadium Kuala Kubu.

Mungkin juga tidak akan membenarkan tempat-tempat awam digunakan untuk kempen oleh BN. Silap hari bulan banyak sepanduk dan kain rentang akan diturunkan oleh PBT mereka.

PRK kali ini adalah yang paling panas kerana PKR ingin menebus maruah mereka yang tercalar teruk ekorang isu lompat parti dan pemecatan YB Zulkifli Nordin. Kes liwat Anwar juga merupakan satu tamparan hebat kepada PKR.

Khalid Samad telah pun membayangkan agar Pas keluar dari Pakatan Haram dan ini juga satu kejutan dan ketakutan bagi PKR yang akan hilang undi dari Pas. 

Orang India juga nampaknya masih memihak kepada PKR. mengikut unsuran pembangkan mereka berada dalam keadaan selesa sekaran dengan unjuran 60/40. Jentera BN pula jika tidur dan malas, akan terima padah.

Bubu kena jaga jika tidak memerang akan pecahkan bubu dan makan ikan.

Satu perkara lagi bila ada PRK Polis akan menjaga keselamatan. Ini langkah yang baik, cuma janganlah banyak sangat sekatan lalu lintas . Ia akan menyusahkan keselesaan penduduk setempat dan boleh menimbulkan kemarahan penduduk.

Takut nanti rasa hati nak undi BN terus terbantut dan undi PKR.  Dulu di Bukit Gantang pun sama . Penduduk marah kerana banyak sangat sekatan dan akhirnya BN kalah.

MIC wajib menang kali ini , jika kalah maknanya PRU 13 kerusi MIC di kawasan majoriti Melayu perlu dikaji semula. 

Jika hujung minggu lalu kaum India boleh memecahkan rekod gendang terbesar di Johor maka kali ini gendang tersebut perlu dipecahkan di Hulu Selangor. MIC mesti menang. BN mesti menang.