Sabtu, 15 Mei 2010
ANWAR BUAT KECOH DIMEDAN SELERA KAMPUNG BANDUNG SIBU
Bangunan kedai di medan selera Kg Bandung telah mula beroperasi sejak 1985 atau 86 setelah siapnya kedai yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Sarawak atau SEDC. Salah satu tujuan ialah untuk membangunkan ekonomi kaum bumiputra dalam bidang perniagaan.
Terdapat beberapa buah kedai runcit, kedai buku , kedai elektrik oleh Joe TV3, kedai membaiki kereta dan sebagainya. Itu dahulu sewaktu awal pembukaannya.
Pada sebelah malam pula bahagian dalam menjadi medan selera, 100 peratus peniaga adalah Melayu dan menghidang menu melayu. Medan selera ini popular dengan menu sate, ikan bakar dan lain-lain. Pengunjungnya terdiri dari kaum Cina yang ingin menikmati hidangan melayu.
Akan tetapi kerana kurang kawalan, peniaga makanan dan minuman dari kaum cina telah mula mencelah untuk turut berniaga dengan menyewa stall atau meja dari peniaga melayu. Sayang seribu kali sayang, peniaga kini telah menguasai hampir sebahagian besar ruang dan ada yang menjual minuman keras kepada pengunjung.
Kemana pula peniaga Melayu? Sebahagian nya telah lari berniaga di dewan MUC yang hanya beberapa meter sahaja dari bangunan SEDC tersebut.
TM berharap pihak SEDC memantau semula keadaan di kawasan tersebut. Tidak lah adil jika kawasan tersebut juga ingin dikuasai oleh bukan melayu. Mungkin mereka inilah yang membawa Anwar Ibrahim memberi ceramah politik di situ.
Bersebelahan dengan medan selera ialah Surau Kampung Bandung. Kampung Bandung mempunyai sejarah yang sendiri. Dahulunya kebanyakan mereka tinggal di Jalan Kampung Nyabor , oleh kerana tanah mereka diambil untuk dijadikan bangunan kedai di bandar Sibu maka mereka di tempatkan di Kampung Bandung. Ini berlaku sekitar akhir 70an . Jalan Kampung Nyabor hari ini ialah jalan utama di bandar Sibu, Antara bangunan utama ialah Sarawak House, Pejabat Pos, Balai Polis, RH Hotel, Masjid Lama Sibu. Wisma Sanyan juga dahulunya adalah bekas kampung-kampung Melayu.
Malu tak terkata, dimalukan di depan orang ramai.
Nak ceramah di bilek gerakan p/raya tiada orang datang.
Ceramah tepi jalan pun tiada orang datang.
Anwar tidak boleh ceramah kalau orang tak ramai di depannya. Jatuhlah standard dia.
Lalu dipindahkan ceramah ke dalam kawasan medan selera (food court) di Kampung Bandung.
Dalam kawasan food court sudah tentulah orang ramai. Kerana mereka datang ke sana untuk menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan. Tambahan pula malam sabtu.
Tindakan PKR mengadakan ceramah di sana menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga serta pengunjung food court berkenaan. Ianya menganggu keselesaan mereka menjamu selera dan menjejaskan jualan peniaga.
Salah seorang pengunjung yang berang, lantas bangun dan menjerit Anwar liwat... liwat... liwat... liwat...
Ianya sungguh mengejutkan Anwar dan rombongannya, tetapi mendapat tepukan dari pengunjung-pengunjung food court berkenaan.
Difahamkan ada berlaku kekecohan di antara orang-orang Anwar yang di bawa dari semenanjung dan orang menjerit Anwar liwat... liwat... liwat... liwat...