Khamis, 13 Mei 2010
PRK SIBU P212: KEMATIAN KUGAN/TBH/AMINULRASYID TAK ADA KAITAN DENGAN SIBU
Pembangkang beretorik dengan mengaitkan nama-nama di atas dengan kezaliman polis. Ini budaya dan sikap memfitnah yang dibawa oleh ketiga-tiga komponen pakatan rakyat . ketiga-tiga zionis ini boleh dilabelkan sebagai 3 bintang edisi baru miliinium.
Kugan mati dalam tahanan. Ok fine, budak nakal tersebut adalah penjenayah yang sangat bahaya dan pandai berlakon. Dia boleh mencederakan dirinya supaya peguam yang datang melawatnya dapat menuduh polis lah yang mencederakannya. Kemungkinan dengan mencerakan diri sendiri Kugan telah tersalah canon. Hentakkan yang dibuat ke atas diri nya telah menyebabkan kecederaan teruk dan mati. Yang salah ialah polis. Maka lenyaplah segala kejahatan, kesetanan , kebiadapannya dimuka bumi dan yang salah ialah polis. Polis dianggap pembunuh dan cubaan menghapuskan etnik India. Hindraf selama ini telah menuduh kerajaan BN mengarahkan polis untuk melakukan pembersihan kaum. Ini satu tuduhan berat. Tanyalah DS Sammy Vellu dan lain-lain pemimpin India di negara kita berapa ramai orang awam dari kaum India yang dibunuh seperti yang dilakukan oleh Nazi German terhadap kaum Yahudi?
TBH mati kerana membunuh diri dan ia menjadi tiket kepada 3 bintang untuk untuk menyerang SPRM. Begitu mudah 3 bintang menuduh SPRM membunuh TBH tanpa bukti yang kukuh. Seorang pelajar UITM telah dilanggari oleh Adun Dap Sekincan dan seorang tentera dari Mersing telah dilanggar mati oleh drebar MP Batu iaitu Tian Chua, kenapa 3 bintang tak bising dan tidak mainkan isu ini di Sibu. Apakah sumbangan mereka kepada mangsa terbabit. Adalah 3 tahi bintang ini menjenguk keluarga dan menghulurkan bantuan?
Kes kematian remaja Aminulrasyid juga cuba disensasikan oleh 3 tahi bintang. Kenapa mereka tidak mempersoalkan kenapa remaja tersebut memandu kereta dan melarikan diri dari polis. Remaja yang berada diluar rumah jam 3 pagi apa kejadah? Nak merompak? Nak membunuh? Nak merogol? Atau apa? Mencegah lebih baik dari merawat.
Tugas 3 tahi bintang ialah memburuk-buruk institusi kerajaan, supaya rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang memerintah. Dan jangan lupa bahawa dalam jabatan kerajaan pun ramai 3 tahi bintang yang sentiasa berusaha mencacatkan pentadbiran dan mensabotaj segala usaha kerajaan. Mereka ini adalah pengkhianat. Satu sistem pemutihan sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang memerintah untuk menghapuskan pengkhianat yang sentiasa mensabotaj kerajaan dengan pelbagai cara.
Penduduk Sibu bukan seperti kita di semenanjung. Hubungan kaum orang Sibu cukup rapat. Mereka mengenali antara satu sama lain. Walaupun seorang berada di Hulu Lanang dan seorang berada di Hulu Teku. Bandar Sibu terutama pasar pagi dan Pasar Sentral menjadi medan pertemuan dan bergaul mesra. Perayaan kaum seperti Tahun Baru Cina, Gawai dan Aidil Fitri menjadi pengikat kesetiaan dan muhibbah kaum-kaum di Sibu. So 3 tahi bintang janganlah cuba menghasut mereka. Memang dalam ramai-ramai ada juga kaki bangkang dan kaki keras kepala dan mereka inilah yang menjadi duri dalam daging.
Dap di Sibu pula kebanyakan adaah berfahaman komunis, 1983 komunis di Sibu masih menghuru-harakan penduduk tempatan. Hari ini merekalah penyokong setia Dap.
Pelik bila Pas dari Semenanjung datang ke Sibu semata-masat untuk memenangkan komunis-komunis ini.