Jika hendak dibandingkan kedudukan saya dengan Professor Dr. Azmi bin Sharom(rambut panjang dalam gambar diatas), bolehlah dikatakan seperti langit dengan bumi. Siapalah saya untuk memperkatakan sesuatu tentang beliau.
Saya hanyalah seorang rakyat biasa atau kebanyakkan diantara berjuta-juta yang tidak berpelajaran tinggi, tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan kecuali sebuah laptop dan secebis blog yang tiada harganya ini.
Lainlah bagi Professor Dr. Azmi bin Sharom yang punya ijazah lulusan luar negara(PhD, School of Oriental & African Studies, London),(LLM, University of Nottingham, Notingham, United Kingdom),(LLB,[HONS], University of Sheffield, Sheffield, United Kingdom) dan pencapaian akademik dalam negara sendiri mungkin tidak terkira lagi jumlahnya.
Ilmu pendidikan yang begitu tinggi maka sudah tentu daya pemikiran juga pasti telah mencapai ke tahap yang lebih tinggi daripada orang biasa yang belum lagi bergelar sebagai seorang Professor.
Tetapi malang sekali semua itu rupa-rupanya bukanlah satu perkara yang boleh menjaminkan bahawa benar apabila tanggapan luar berpendapat iaitu sekiranya semakin tinggi pendidikan seseorang itu maka akan lebih dalamlah ilmu yang telah ditimba dan semakin bijak dan matanglah cara seseorang itu berfikir.
Inilah yang telah terjadi dalam isu bagaimana seorang yang telah bergelar sebagai seorang Professor 'gagal' merumus apa yang dikatakan oleh Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kuasa masa depan orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang disebut oleh Negarawan Agung didalam entry terbaru diblog beliau iaitu "Kemana Melayu" yang memperincikan tentang peratusan kuasa politik Melayu di negara ini telah dilihat lebih menjurus kepada kuasa minoriti apabila kekuatan Melayu telah berpecah kepada tiga.
Mudah sebenarnya untuk memahami apa yang telah dibayangkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir itu tetapi apa yang sangat menghairankan ialah bagaimana orang berpelajaran, berpendidikan serta kononnya berilmu tinggi seperti Professor Dr Azmi Sharom boleh gagal berfikir untuk menjadi faham akan apa yang dimaksudkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir berkenaan dengan kebimbangan beliau mengenai kuasa memerintah kaum Melayu di negara ini.
Seperkara lagi, sebagai manusia yang punya pegangan hidup serta yang terdidik sejak dari peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah berjaya sepertimana beliau berada disaat ini adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi saya apabila negara mempunyai seorang individu seperti Professor Dr Azmi Sharom yang mungkin separuh dari usianya membesar pada era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir telah sanggup untuk melabel dan menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak bertamadun serta kurang matang berfikir.
Akhir sekali, ...siapakah Professor Dr Azmi Sharom yang tergamak menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sedemikian rupa jika dibandingkan dengan ketokohan Negarawan Agung ini, seorang pemimpin yang begitu disegani dan dihormati dirantau Asia, Arab, Eropah, Afrika dan Amerika sewaktu pemerintahannya diatas keberanian serta ketegasan beliau dalam mendepani berbagai-bagai isu antarabangsa yang membabitkan kepentingan negara?