TM amat mengalu-alukan cadangan Kementerian Pelajaran untuk menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR dengan beberapa alasan seperti berikut;
- Pendidikan hendaklah sentiasa berubah jika mahu melihat kemajuan dan tidak boleh sentiasa berada di tahap lama.
- Pihak sekolah dan ibu bapa telah menjadikan anak mereka tertekan dengan menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk setiap anak bagi mendapat 5 A .
- Guru Besar/Pengetua akan menekan dan memaksa guru-guru untuk mendapatkan peratus kelulusan yang tinggi dengan apa cara sekali pun, oleh itu soalan ramalan menjadi sangat komersial apa lagi jika soalan yang dikeluarkan hampir tepat kadangkalanya, terutama bahasa Inggeris yang soalannya hampir menyamai soalan ramalan.
- UPSR dilihat sebagai penapis untuk memilih pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pada hal ia sudah tidak releven lagi kerana peratusan pelajar yang mendapat 5A semakin meningkat sedangkan jumlah SBP masih terhad. Ramai pelajar yang mendapat 5A gagal ke SBP kerana mereka adalah pelajar sekolah bandar.
- Kos untuk menjalankan peperiksaan melibatkan kos yang tinggi sedangkan impaknya amat kecil.
- Sekolah juga terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam menyediakan kertas-kertas contoh soalan, program motivasi menjawab soalan dan sebagainya.
- Pihak sekolah telah mengabaikan pelajaran lain seperti PJK, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Kajian Tempatan dan lain-lain semata-mata untuk menumpukan kepada pelajaran teras yang ada dalam peperiksaan.
- Pelajar juga dikecualikan atau dihalang dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah, MSSN dan MSSM kerana ibubapa dan pihak sekolah tidak mahu anak mereka terjejas dalam peperiksaan.
- Pihak sekolah juga tidak menggalakkan pelajar Tahun 6 untuk menyertai program-program Kokurikulum di dalam sekolah atau di luar sekolah kerana alasan yang sama.
- 35% pelajar bawah 15 tahun mengalami masalah stress di Singapura, di Malaysia belum ada kajian lagi tetapi beberapa kes membunuh diri sudah berlaku di Malaysia akibat daripada kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik seperti mana yang diharapkan oleh ibu bapa.
- Pelajar setiap tahun diberi tugasan seperti Folio yang perlu disiapkan secara individu dan berkumpulan,
- Pelajar dinilai berasaskan keupayaan dan kebolehan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan Ko-Akademik
- Pemilihan untuk ke SBP hanya dibuat untuk pelajar yang dikesan mempunyai IQ dan EQ yang tinggi oleh pihak sekolah. Hari ini Yayasan Saad setiap tahun mengadakan ujian khas kepada pelajar-pelajar yang layak untuk memasuki yayasan mereka. Formula ini samalah seperti yang pernah dilakukan oleh kementerian pada tahun 60an dan 70an dahulu. Pelajar yang dipilih untuk menduduki Peperiksaan Khas Ke Asrama Penuh ialah pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian Darjah 5 yang telah dihapuskan.
- Pemilihan pelajar untuk masuk ke aliran Sains, Sastera, Perdagangan, Mekanikal juga dibuat diperingkat sekolah rendah, bukannya dibuat selepas PMR.
- Ibu bapa dan pihak sekolah boleh membuat pemilihan aliran di sekolah menengah berdasarkan keupayaan pelajar dan minat, Bukan melalui paksaan seperti hari ini.
- Peperiksaan PMR sebenarnya ialah menggantikan SRP atau LCE. Zaman dahulu terdapat pekerjaan yang hanya memerlukan kelulusan SRP atau LCE. Hari ini ia sudah berubah. Untuk menjadi operator kilang elektronik pun memerlukan SPM. Oleh itu apa guna kita mengekalkan PMR yang menelan belanja besar untuk melaksanakan sedangkan tidak ada satu pun kerjaya yang mewajibkan seseorang itu lulus PMR.
- Pelajar yang naik Tingkatan 4 masih lagi menganggap ia sebagai kelas bulan madu, begitu juga anggapan sesetengah guru. Ada guru-guru yang terlalu aktif dengan kegiatan sukan diluar sekolahh seperti terlibat dengan MSSM ,diberi tugas mengajar Tingkatan 4 , dan mereka selalu tiada di sekolah. Pelajar menjadi mangsa kerana guru kerap tiada di sekolah. Ini terjadi kepada anak TM satu ketika dahulu.
- Oleh itu adalah lebih baik untuk menghapuskan terus dua kertas peperiksaan ini dan ia akan memberikan satu rasa yang lebih siknifiken kepada pelajar dan sekolah dalam persediaan menghadapi SPM.
- Bukan sahaja UPSR dan PMR dihapuskan, TM berharap peperiksaan STPM juga turut dihapuskan dan hapuskan juga Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Gantikan seperti konsep di Kolej Matrikulasi. Hari ini memasuki Tingkatan 6 adalah satu-satu yang malang bagi seorang pelajar. Mereka merasakan mereka lebih rendah darjatnya daripada mereka yang memasuki Universiti untuk program Diploma.
- Terdapat ramai pelajar yang berhenti Tingkatan 6 dan menceburi alam kerjaya dan lepasan STPM juga ramai yang gagal masuk ke universiti walaupun cukup syaratnya.
- Untuk menentukan seseorang itu bijaksana ia boleh dinilai dalam kebolehan bertutur, berhujah, menyampaikan idea, membuat projek atau tugasan, menyelesaikan masalah lebih memberikan pengalaman yang kekal sepanjang hayat daripada berteori dan menjawab soalan.
- Peperiksaan adalah satu tradisi kuno yang diwarisi daripada sistem barat. Cendiakawan Islam yang hebat zaman dahulu pernah kah mereka menduduki peperiksaan, tetapi kebijaksaan mereka terhasil dengan pengakajian, ujikaji dan pengalaman. Hari ini pelajar-pelajar yang menduduki UPSR jarang yang melakukan ujikaji, kerja lapangan dan lain-lain. Masa mereka dihabiskan diatas kertas, menghafal, mengingat dan menjawab soalan-soalan contoh.
- Pelajar perlu dididik dan dilatih supaya mahir dalam bahasa, logik matematik, kecerdasan dalam memenuhi ruang seperti mencorak, melukis , mengukur dan mengukir, berkemahiran dalam menghayati muzik, kemahiran kinestetik, kemahiran interpersonal, kecerdasan naturalistik.dll.
- dll.
PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
Muhyiddin berkata setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.
"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.
Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak-pihak yang berkepentingan.