Selasa, 22 Jun 2010

KERAJAAN PAS KEDAH BERTINDAK KEJAM!

Apa yang ada di benak mereka semasa arahan pemotongan air di laksanakan kepada premis ini? Premis ini bukanlah premis yang dibangunkan berasaskan nilai-nilai komersil. Premis ini di bangunkan sejak dari dulu adalah untuk menolong meninggikan syiar Islam, meyebarkan Islam secara dakw...ah. Premis ini di dirikan untuk membantu orang-orang Islam di Kedah khasnya dan Malaysia amnya dalam mendidik anak-anak mereka dengan kos yang minimum, yang mampu di bayar oleh waris dalam mendalami ilmu-ilmu agama. Premis ini di dirikan untuk menjadi platform kepada anak-anak orang Islam sebagai ‘batu loncatan’ kepada mereka sebelum ‘mendarat’ di Al Azhar, Khourtom, Damsyik, Madinah atau mana-mana Universiti di Malaysia ataupun di Timur Tengah yang kurikulomnya berasaskan agama Islam.

Salah satu dari surat menyurat yang ada dalam simpanan aku.
Sejarah panjang premis ini jika di ungkap dan di perjelaskan nescaya akan membangkitkan rasa terkejut rakyat kedah khasnya dan Malaysia amnya kerana sejarah panjangnya juga tidak lengkap sekiranya sejarah menafikan pembabitan seorang pemimpin tertinggi PAS Kedah dalam pentadbirannya. Pemimpin ini menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Lembaga Pentadbiran premis ini selama 15 tahun. Dan sepanjang 15 tahun itulah beliau sendiri tidak berupaya menyelesaikan tuntutan hutang ke atas kemudahan utility yang di gunakan. Dan semasa itu Kedah di bawah sebuah Kerajaan yang di anggap zalim, berat sebelah, jahil dan pelbagai label yang sugguh negative. Dan kerana Keraajaan terdahulu mentadbir Kedah dengan zalim dan kejamlah maka tidak pernah sekalipun ‘menjentik’ pihak pentadbir premis ini hatta dengan sekalipun amaran apatah lagi ugutan.

Tetapi apabila PR memenangi PRU12 dengan menguasai majority DUN-DUN Kedah dan setelah mengambil alih tampuk kuasa dan pentadbiran negeri, maka gembiralah mereka yang mengundi parti-parti PR terutamanya ahli-ahli setia mereka. Beraya sakanlah penyokong-penyokong mereka seolah-olah Kedah ini macam baru merdeka. Penuhlah markas mereka di batu lapan pada malam selepas PRU12 dengan penyokong-penyokong yang beranak datang mendukung, yang bercucu datang di dukung. Di kelek segala tikar mengkuang dan tikar moden berasaskan plastic. Sesak jalan berbatu-batu, tapi berjalan tak kira kematu asal samapai tempat di tuju.

Selepas dua tahun memerintah, maka di buatlah sambutan ulang tahun yang gilang-gemilang dengan motto Kedah Sejahtera. Tetapi selari dengan usia pemerintahan semakin hari semakin banyak rungutan dan sungutan. Aduan-aduan yang membanjiri Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan semakin menimbun di atas meja, membusung di dalam laci. Tak banyak benda yang boleh di lakukan dengan aduan-aduan berkenaan kerana ketidakupayaan mereka menyelesaikan aduan-aduan dan permohonan-permohonan rakyat Kedah. Masaalah semakin meruncing terutamanya yang membabitkan KESEJAHTERAAN rakyat Kedah seperti bekalan air bersih dan lingkaran jalan raya berturap. Air kerap terputus, jalan kerap berkurap. Hinggakan ‘bulu ketiak’ di bahu jalan semakin panjang dan menyakitkan mata memandang serta menyesakkan hidung dengan bau ketiak di kiri dan kanan jalan yang pekung kerana ‘bulu’ ketiaknya tidak pernah di jaga.

Dan yang terakhir ini, peristiwa yang paling baru dan yang tidak boleh rakyat Kedah tidak kira bangsa dan apapu nagama mereka maafkan, terutamanya Menteri Besar Kedah sendiri, Dato’ Seri Azizan razak sendiri serta Exco kanannya iaitu Dato’ Ir Amiruddin.

Rentetan dari amaran yang menjurus kepada ugutan oleh SADA atau lebih di kenali secara jenaka sinis oleh penyokong PAS sendiri, SYARIKAT AIR DATO’ AZIZAN mengenai tunggakan caj terhadap bil air yang hanya puluhan ribu ringgit kepada Sekolah Taufikiah Khairiah Al Halimiah, kerja-kerja pemotongan bekalan air terus dengan terburu-buru di lakukan. Kenapa di katakana terburu-buru? Kerana belumpun surat rayuan oleh Ahli Jawatankuasa Jemaah Pentadbir Sekolah berkenaan sempat di jawab oleh pihak kerajaan melalui exconya yang juga turut menerima salinan surat berkenaan termasuk juga surat-surat rayuan untuk pertimbangan pihak Kerajaan Kedah dan SADA yang di kuasai oleh mereka, dengan sekonyong-konyongnya bekalan air terus di potong. Padahal tunggakan yang di warisi dari zaman pentadbiran ‘kerajaan zalim’ sebelum ini tidak pernah sekalipun bekalan air di potong, kecuali insiden terputus bekalan. Itupun dengan segera ia di baiki atau di hantar bekalan air bantuan melalui lori-lori memandangkan premis ini di diami dan di gunakan oleh pelajar-pelajar yang tengah menimba ilmu. Tetapi apabila ‘ kerajaan ehsan’ sekarang ini mencengkam kuasa, sejarah tercipta di lembar sengsara melalui tinta berwarna paksa bahawa esoknya anak-anak kita mungkin terpaksa mandi di taliair MADA di seberang jalan atau di ‘parit gila’ di belakang premis. Minum bagaimana pula? Membasuh jangan pula hendak di bayangkan. Dan di maklumkan juga bahawa terdapat beberapa premis komersil lain yang berada berhampiran seperti di Gurun yang mencecah ratusan ribu ringgit tidak di ambil tindakan yang sama, iaitu tindakan memotong bekalan air ke premis mereka. Inilah yang di persoalkan oleh pihak beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pentadbir sekolah berkenaan.

Ahad ini sekolah akan di buka. Sanggupkah pentadbir sekolah membuka pintu pagar sekolah menyambut ketibaan anak-anak pelajar yang datang bersama waris, berssama ibubapa, bersma penjaga tanpa air minuman. Yang pastinya air matalah menjadi pengiring tetamu yang hadir pada hari pertama sekolah di buka.

sumber : DetGuaq
posted by : Shasha