Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor.
“Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita,” katanya.
Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia
KOMEN TM;
Apakah KJ membawa suara Pemuda atau membawa suara Ketua Pemuda yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Timbalan Menteri atau Menteri.
Hari ini Anwar juga cuba memancing pengundi muda dengan isu biasiswa. Adakah agenda KJ sama dengan Anwar atau secara kebetulan?