Rabu, 16 Jun 2010

ANWAR DAN MAGNUM

Datuk S Nallakarupan sudah taruk Anwar kaw-kaw banyak kali dah. Semalam dia belasah Anwar lagi, Datuk Nalla juga pernah mencabar supaya Anwar menyamannya tetapi sampai hari ini Anwar tak berani buka kes di mahkamah.

Anwar berkawan dengan Nalla kerana beliau ada wang dan kuasa. Nak duit main minta saja, berapa juta pun Nalla bagi. Nak pinjam jet pun Nalla bagi. Nak p******  pun Nalla bawakan. 

TM pernah sekali berbual panjang dengan Datuk Nalla sewaktu PRK P59 dan beliau telah menceritakan banyak perkara tentang bekas sahabat setia beliau selama 30 tahun. Cuma Nalla minta supaya tak payah sebut untuk awam.




KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk S. Nallakaruppan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, ini kerana, sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.

''Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum.

''Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami (Magnum)?" soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, parti pembangkang termasuk Anwar telah memberi pelbagai alasan mengenai pertaruhan sukan yang dilihat mereka tidak bermoral dan akan menyebabkan banyak masalah sosial.

''Ini adalah karut. Kebenarannya adalah mereka sengaja memanipulasi isu terbabit untuk kepentingan politik masing-masing,'' jelas beliau.

Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini telah beberapa kali menyatakan bantahan terhadap isu lesen pertaruhan sukan.

Katanya, Anwar adalah seorang pemimpin yang licik dan penentangan terhadap isu lesen judi sukan digunakan untuk menampakkan beliau sebagai pemimpin baik di mata umum.