Rabu, 16 Jun 2010

ISU PERPINDAHAN PARLIMEN KE PUTRAJAYA

Usul perpindan Parlimen ke Putrajaya dan pembinaan Istana Negara di Jalan Duta hebat diperkatakan hari ini, ada yang menyokong tetapi banyak yang menentang.


Kedua-dua perkara sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana negara mampu melaksanakannya. Parlimen di Putrajaya sudah ada dalam perancangan awal, cuma belum dilaksanakan. Adalah ganjil apabila semua pejabat menteri dan pentadbiran dibuat di Putrajaya dan apabila bersidang semua kena bergegas ke Kuala Lumpur.

Lagi pun keadaan di Parlimen sudah padat dengan penambahan kerusi parlimen, Ia amat berbeza pada tahun  60an dan 70an dahulu. Hari ini dewan  terpaksa diubahsuai beberapa kali untuk memuatkan 222 anggota, pada tahun 1959  dewan hanya mempunyai 104 anggota sahaja. Parlimen juga mempunyai satu dewan senat tetapi jumlah anggotanya tidaklah seramai dewan rakyat.

Penduduk Malaysia semakin bertambah dan kawasan pilihanraya juga akan bertambah dari masa ke semasa, Hari ini satu-satu wakil parlimen mewakili sehingga 80 ribu pengundi , ini belum diambilkira jumlah penduduk.

Cuba lihat Hentian Pudu Raya yang dibina pada tahun 70an dan siap untuk digunakan pada tahun 1976 dan dirasmikan pembukaannya oleh Tun Hussein Onn. Jika dahulu ia cukup sempurna dan cukup sesuai, tetapi kini hentian tersebut sudah tidak mampu lagi menampung jumlah penumpang dan jumlah bas yang bertambah setiap hari.

TM menyokong penuh perpindahan parlimenn dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. 'because we can'