Sabtu, 12 Jun 2010
PAS BAKAL HANCUR
Pas yang hampir kalah teruk pada PRU 11 dan hanya bertahan di Kelantan sahaja, itu pun dengan kelebihan 3 kerusi sahaja. PRU 12, Pas masih meragui keupayaan mereka dan meletakkan calon sesuka hati, pakai tangkap muat sahaja.
Sama juga dengan PKR meletakkan calon-calon pada saat-saat akhir sehari sebelum hari penamaan calon. Ini didedahkan oleh bekas TKM 1 Pulau Pinang. Saudara Fairuz bekan Adun Penanti.
Semalam TM ke Kedah, Semasa melintasi sebuah masjid Kudeta di Jalan Langgar untuk ke Jabi, saya melihat sebuat bendera gergasi Pas yang sebesar gelanggang sepak takraw telah hancur berkecai dan tiang besi yang menyokong bendera tersebut hampir menyembah bumi.
Bendera di atas dirakamkan disebuah bukit di Hulu Selangor berhampiran bandar Bukit Sentosa semasa PRK P94 bulan April lalu. Bendera ini juga akan menerima nasib yang sama seperti bendera gergasi di Jalan Langgar Alor Star Kedah.
Dalam kutukan ini TM juga nak kutuk juga ada setengah bahagian BN (Umno ) yang tak peduli langsung bendera BN dan Umno, habis PRK bendera tergantung di dawai telekom sampai hitam legam, ada bendera yang disangkut pada tiang elektrik telah menyembah bumi dan tidak dipedulikan walaupaun PRK sudah setahun lebih (P59).
TM pernah melihat seorang apek Cina tua mengambil bendera-bendera tersebut dan meletakkan dibelakang basikal usangnya. Tak tahu lah apa yang dilakukan kepada bendera BN dan Umno, tetapi yang jelas dia seorang-olah sedih dan sayu melihat bendera tersebut. Peritiwa ini berlaku beberapa minggu lalu berhampiran dengan ibu pejabat JPJ Simpang.