Sabtu, 12 Jun 2010
ISU KERETA KABEL BUKIT LARUT
Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang menerajui kerajaan BN Perak telah bersetuju dalam projek pembinaan kereta kabel Bukit Larut yang pertama di Perak
Sebaik saja projek diluluskan, ia mula menjadi isu panas di Taiping terutama sekali pihak Dap. Sudah ada suara-suara yang membantah projek kononnya ia akan mengancam dan mencemarkan alam sekitar.
Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming juga tidak kurang hebatnya mengkritik projek tersebut, sedangkan projek ini juga pernah dirancangkan sewaktu Dap menguasai Perak selama 11 bulan. Jadi tak kenalah bila mereka memerintah projek boleh dibangunkan tetapi bila BN memerintah ia tidak boleh dilaksanakan. Ini lah sikap bongkak pembangkang.
Projek kereta kabel sudah lama dirancangkan oleh kerajaan BN Perak. Setiap tahun bandar Taiping menerima pelancong lebih kurang sejuta pelancong, kebanyakan pelancong tempatan dan 700 ribu adalah pengunjung Nite Safari Zoo Taiping.
Baru-baru ini TM telah berbual dengan En Ahmad Karim (foto), Pengerusi JKKK Kampung Tupai untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai projek kereta kabel sepanjang 3.5 km yang bermula dari Rumah Rehat Taiping atau dikenali juga sebagai Casuarina Inn.
Menurut beliau penduduk setempat menyokong usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan di kawasan mereka. Secara tak langsung ia memberi impak kepada penduduk setempat dalam sektor ekonomi,
Tambah beliau lagi projek tersebut akan menggunakan helikopter dan ia dapat mengurangkan kerosakan terhadap alam sekitar. Apabila siap En Ahmad Karim juga mencadangkan agar taman tema dibangunkan seperti mana Genting Highland tetapi tidaklah sampai merosakkan kawasan bukit tersebut. Jika tidak ada benda-benda yang menarik di atas sana, pelancong tidak akan datang.
Satu ketika dahulu apabila Kamal Bina Sdn Bhd membangunkan projek bunga tulip ia berjaya menarik ribuan pengunjung tetapi setelah projek tersebut telah dihentikan, pengunjung pun berkurangan kerana tidak ada lagi tarikan untuk ke sana, sebab dihentikan hanya syarikat tersebut yang dapat menjawab.
Akhir kata ramai penduduk bandar ini terutama yang berniaga rata-rata mengalukan projek tersebut kerana ia akan meningkatkan penjualan mereka.
Salah seorang peniaga berkata, "kalau nak komplain pasai projek tersebut, kenapa depa tak komplain projek kabel letrik dari Hulu Perak yang lalu kut bukit tu ". Tambah nya lagi "pihak pembangkang yang banyak meneroka bukit larut sebelah Air Kuning dengan membina kuil dan tempat petapaan Buddha , tanam durian, halia dan sebagainya tak apa pula. Bila gomen nak buat untuk kebaikan orang ramai depa sibuk bantah".
Tm tak sabar untuk melihat projek tersebut siap 10 bulan lagi.