Ahad, 13 Jun 2010

USANG DIMAMAH KEMAJUAN - LOKASI KAMPUNG JANA-KAMUNTING

Nak simpan sampai bila?
Nak jadikan Pusat Ketamadunan Negara?

Gerai-gerai ini amat terkenal pada zaman-zaman 70an dan 80an. Pada tahun 90an jalan Taiping-Kamunting telah dilebar dan dibesarkan menjadi 4 lorong dan mempunyai pembahagi jalan.

Beberapa buah warung terpaksa di robohkan dan hari ini masih ada satu dua yang masih beroperasi. Salah sebuah warung amat terkenal kerana menjadi tempat berhimpun peminat Dam Aji.  Ada yang sanggup bermain hingga ke subuh.

Tidak jauh dari tapak warung-warung ini terdapat sebuah bangunan kedai Mara yang telah diubah suai. Dahulunya terdapat 10 buah gerai yang setingkat tetapi hari ini gerai baru terdiri bangunan batu dua tingkat.

Seperti biasalah kedai Mara kurang menarik perhatian pelanggan, bukan kerana lokasi tetapi kerana persembahan yang kurang menarik. Mara hendaklah memanggil kesemua penyewa untuk mentarbiahkan mereka semula supaya kedai mereka menarik minat untuk memikat  pengunjung.