Selasa, 29 Jun 2010

PEMBANGKANG YANG BIJAK MENUTUP PEKUNG!!!

Anwar dan pemimpin Pas sentiasa memainkan isu bahawa kerajaan BN zalim, negara menjadi negara polis. Parti Pembangkang yang buat ceramah pun tak dibenarkan, nak bercakap pun tak boleh , negara apa ini? Ini lah yang sering diungkapkan oleh Anwar dalam ceramah. Hairan!! sebab dia bercakap dalam ceramah, kalau bercakap dari rumah, boleh juga kita terima.



Yang sebenar-benarnya pihak pembangkang lah yang menghalang BN daripada membuat perhimpunan dan ceramah. Ini berlaku sewaktu Pakatan berjaya mentadbir 5 negeri. Dahulu sebelum mereka memerintah, polis tidak pernah menghalang mereka daripada mengadakan ceramah asalkan apa yang dibuat selari dengan permit yang dipohon.

Anwar dan lain-lain parti sebelum ini mohon lain tetapi buat lain. Contohnya kes polis menghentikan ceramah politik dalam kes jamuan makan di Kampung Baru. Dalam permit jamuan makan tetapi yang dibuat ialah ceramah politik. Makan tak ada, bila polis arah supaya diberhentikan ceramah , polis dianggap zalim, kerajaan BN zalim.

Ini satu lagi cerita lama di Perak, satu ketika dahulu beberapa pemimpin muda Perak yang menyokong kerajaan BN telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan anak melayu Perak yang dinamakan Himpunan Melayu Muda di Arena Square Kuala Kangsar dua tahun lalu sewaktu DS Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.

Pemimpin-pemimpin muda Perak ketika itu telah melihat beberapa perhimpunan Melayu yang dibuat sebelum ini tidak mendapat sambutan. Antarnya ialah perhimpunan menyokong Sultan Perak di Padang Ipoh, dan juga perhimpuan melayu di UTP juga menemui kegagalan.

Kali ini dengan inisiatif dan semangat beberapa orang bekas-bekas pemimpin pelajar dalam dan luar negeri telah berusaha untuk menjayakan satu perhimpunan yang besar bagi menandakan sokongan terhadap Sultan Perak, kerajaan BN dan menyokongTindakan Mufti Perak dalam menangani krisis kepimpinan Perak dan agenda paling utama ialah Ketuanan Melayu.

Pada saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis tersebut, pihak PBT telah menghubungi penganjur dan mengarahkan supaya membatalkan perhimpunan, sekiranya diteruskan kesemua pegawai yang terlibat akan disumbat ke dalam lokap. Begitulah kerasnya ugutan yang diterima dari pihak pembangkang.

Pihak penganjur bertegas untuk meneruskan perhimpunan kerana semua permit  dan kelulusan telah diberikan oleh pihak polis.

Pihak penganjur menegaskan, jika nak tangkap dan sumbat ke dalam lokap pun mereka rela kerana jemputan telah  siap diedarkan dan perhimpunan tetap berjalan kerana Dato Tajuddin Ali  Presiden Mubarak dan Tan Sri Harussani Mufti Perak telah berjanji untuk turut hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebagai jalan yang terakhir DS Nizar Jamaludin telah menghantar orang nya untuk berunding dengan pihak penganjur. Antara syaratnya ialah;

Perhimpunan boleh diteruskan tetapi beliau akan hadir dan seluruh peserta yang hadir hendaklah memberi sokongan yang padu terhadap pentadbiran Pas dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Bendera Pas dan Pakatan Rakyat hendaklah menghiasi seluruh bandar Kuala Kangsar pada hari tersebut.  Seluruh jawatan kuasa Urusetia akan diambil alih oleh Pas.  Begitulah syarat gila yang dikemukakannya. Bagaimanapun semua syarat tersebut ditolak.

Keesokan harinya Sabtu 30 Ogos 2008  majlis perhimpunan diteruskan, puluhan bas dari seluruh Perak telah mula membanjiri Bandar DiRaja.  Anak-anak muda juga datang dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kedah dan Penang, semuanya hadir untuk melahirkan sokongan kepada semangat Ketuanan Melayu. Pada ketika itu PERKASA belum wujud lagi.

Tan Sri Harussani menitiskan air mata sewaktu turun dari kenderaannya melihat satu himpunan melayu muda yang begitu  bersemangat.  Kali kedua Tan Sri menitiskan air mata sewaktu menyampaikan ucap utama mengenai definasi ketuanan Melayu dan definasi sebuah negara Islam yang telah diasaskan oleh kepimpinan sebelum ini yang telah dinafikan oleh pembangkang.

Setiap yang hadir diberikan kain selepang berwarna kuning bertulis jawi  "Himpunan Melayu Muda".  Program berjalan dengan jayanya dibawah pengawasan PDRM. Setiap peserta hanya dibekalkan sebungkus nasi dan sebotol air, tambang bas juga hanyalah derma dari orang ramai.

Begitu lah kejayaan dan semangat yang telah dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin muda Perak. Ia merupakan satu perhimpunan yang berjaya mengembalikan jati diri dan semangat Melayu yang hilang selepas PRU 12.