Isnin, 12 Julai 2010
Ucapan Perasmian Program ICT Anak Perak
KAMUNTING RAYA 11 Julai – Selepas selesai merasmikan Persidangan Umno Parit Buntar dan Larut, YAB Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir meneruskan program hariannya dengan meyampaikan ucapan perasmian Program Keusahawanan ICT Mahasiswa/ Mahasiswi Anak Perak 2010 bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC) sebelum bergerak ke Ipoh untuk merasmikan satu lagi Persidangan Umno Ipoh Barat.
Program Keusahawan ICT ini telah berjaya di jalankan oleh KAMI dengan sokongan KPTC, Kperak dan Celcom. Seramai 415 pelajar dari 25 buah IPTA dan IPTS dari seluruh negeri yang terdiri daripada anak-anak Perak.
"Anak-anak hari ini cukup bertuah kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan pelajaran peringkat tinggi. Dahulu IPTA tak banyak. Yang ada hanyalah Univerisiti Malaya, Universiti Kebangsaan, Universiti Pertanian, Universiti Teknologi Jalan Gurney KL dan Universiti Sains Pulau Pinang. 1983 UIA Gombak mula beroperasi, kolej komuniti, Adtec dan lain-lain kolej langsung tak ada. Hari ini negara kita mempunyai banyak universiti dan kolej sehingga tak terbilang dengan jari.
Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu komited membangunkan kemudahan ICT. Negara lain tidak dapat menandingi negara ini, walaupun kita tahu satu hari ni pihak musuh akan menggunakan ICT untuk membelasah kerajaan. Lihat China. Mereka menyekat dan menapis maklumat ICT dan segala-galanya dipantau , yang terkini ialah Google yang disekat sepenuhnya oleh China. Rakyat tidak dibenarkan mengkritik kerajaan.
Di Malaysia kerajaan tidak pernah menyekat, rakyat bebas menggunakan teknologi ICT. Pihak pembangkang telah menggunakan segala peluang dan ruang yang dibangunkan oleh kerajaan untuk menghentam kerajaan. Pembangkang menggunakan ICT dengan cara yang salah. Mereka tidak kritis tetapi hanyalah mengkritik tanpa fakta. Blog digunakan secara total oleh pembangkang. Tetapi kerajaan tak pernah menyekat dan menghalang.
Kerajaan yang ada bukanlah kerajaan yang sempurna dan maksum. Ia boleh dikritik tetapi berilah kritikan yang membina. Bila kita membincangkan isu-isu rakyat kita hendaklah berlandaskan fakta-fakta yang ada. The fact always speak. Yang paling penting bagi kita kita kena ada semangat belajar yang bersungguh. Sebagai kerajaan kita sedia membantu rakyat kita di negeri Perak. Tak guna kita membina bangunan pencakar langit yang hebat-hebat tetapi rakyat masih lagi miskin dan tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya .
Tahun 2020 kita akan mencapai taraf negara maju dan kita akan menjadi negara yang rakyat mempunyai pendapatan tinggi. Untukk merealisasikannya kerajaan Perak akan menambah dana untuk membantu anak-anak Perak yang masuk ke IPTA dan IPTS . oleh itu kerajaan Perk akan menaikan dana daripada RM 2 juta kepada RM 8 juta setiap tahun untuk membantu keluarga yang miskin untuk masuk ke kolej dan universiti.
Perak akan berusaha untuk menjadi knowledge base state dan knowledge base society. Kerajaan Perak telah membangunkan K-PERAK dalam usaha menjadikan generasi masa depan yang baik dan berilmu pengetahuan. Kita mahu lahirkan generasi yang menjadi pemimpin , Kita tidak mahu melahirkan generasi yang hanya pandai berpolitiking.
Kita juga tidak mahu melahirkan generasi 3 R iaitu Ragut, Rempit dan Reput. Reput ialah penagih dadah yang jadi doktor sendiri. Hampir setengah juta generasi kita terutama melayu menjadi generasi Reput. Mahasiswa kena mempunyai prinsip 3A iaitu Adab, Adat dan Akhlak.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini kita akan dapat memberikan pendedahan dan peranan keusahawanan ICT. Gunakanlah kesempatan ini, gunakan peluang belajar ini untuk mencari ilmu dan dapat menjiwai ilmu dan menjadi generasi yang berjaya. Terima kasih kepada KAMI yang sentiasa berusaha untuk membangunkan mahasiswa kita supaya mereka unggul dan terbaik.