Selasa, 7 September 2010

20 MP sokong Azmin bukti AAA terus kuasai PKR







Muka-muka toyok kerana diliwat oleh Anwar
Kini semakin jelas bahawa PKR memang parti yang dikuasai bateri AAA. Tiada sesiapa boleh ganggu gugat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.
Pemimpin lain yang berangan hendak jadi tunjang utama parti itu boleh lupakan impian tersebut termasuk Datuk Zaid Ibrahim.
Tengok sajalah nasib peguam itu, belum masuk gelanggang sebenar, Zaid sudah kena serang kiri kanan.
Bukan sahaja Azmin seorang bakal ditentang tetapi 20 ahli parlimen PKR sudah angkat tangan sokong Naib Presiden PKR itu bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti November nanti.
Peliknya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak belum tawar diri bertanding kononnya hendak hormat penyandang sekarang Dr Syed Husin Ali yang belum diuar-uarkan melepaskan jawatan nombor dua dalam PKR itu.
Sokongan terhadap Azmin dinyatakan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara diketuai anggota majlis pimpinan pusat Datuk Kamarul Baharin Abas yang juga ahli parlimen Teluk Kemang.
Alasan kumpulan 20 ini, Azmin sudah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.
Kamarul menambah, sebagai Timbalan Presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.
Kumpulan tersebut turut disokong dua senator PKR.
Lima ahli parlimen lain yang hadir dalam sidang akhbar itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).
Manakala 12 lagi tidak hadir tetapi disenaraikan dalam kertas yang diedarkan turut menyokong Azmin.Mereka ialah Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).
Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah.
Lima wakil rakyat yang tidak hadir dan tidak disenaraikan dalam kertas sokongan pada Azmin ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).
Ditanya mengenai sokongan terbuka itu menidakkan hak demokrasi, Kamarul menjelaskan, kumpulan berkenaan hanya menyatakan sokongan terhadap Azmin tetapi terpulang kepada perwakilan menentukan ketika pemilihan kelak.
Katanya, sesiapa sahaja termasuk Zaid boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan kelak.
Mengenai dakwaan Zaid menyatakan, beliau ‘diserang’ kumpulan tertentu dalam PKR selepas umum bertanding, Kamarul menjelaskan, tidak tahu menahu apa dimaksudkan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.
Zaid dalam kenyataannya semalam mendakwa selain ‘diserang’ kumpulan tertentu dalam PKR, ada pihak mahu beliau menerima nasib sama macam Tun Ghafar Baba yang tewas pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 kerana tidak cukup pencalonan.
Menurut Kamarul, tidak ada sebab untuk Zaid beranggapan begitu kerana beliau tiada kedudukan besar dalam PKR sekarang.
Menjawab mengenai desas desus Wan Azizah akan melepaskan jawatan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Anwar, Kamarul menyifatkannya sebagai khabar angin sahaja.
“Bagaimanapun jika itu berlaku, masa akan menentukannya,” katanya.
Apapun, tidak sukar meneka tindakan kumpulan 20 ahli parlimen dan dua senator ini menyatakan sokongan terbuka pada Azmin.
Mereka sendiri juga mahu mencari publisiti untuk terus kekal anggota majlis pimpinan pusat (MPT) selain bimbang jika Zaid menewaskan Azmin kelak, senario politik dalaman PKR mungkin berubah dan hilanglah kuasa bateri AAA -6/9/2010





Sendiri mau ingat…Zaid dakwa 'kena serang'

Jika sebelum ini sudah ada bekas pemimpin PKR menggambarkan parti itu akan bergegar sakan dan haru biru menjelang pemilihan pucuk pimpinan pada November ini, bibit-bibit itu sudah mula nampak.
Ini kerana Datuk Zaid Ibrahim yang sah akan tanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR November ini sudah terasa bahangnya.Ia bukan angkara orang luar tetapi dari dalam PKR sendiri.


Langit tidak selalu cerah dan politik tetap politik tak kira apa parti sekalipun.
Ekoran pengumumannya hasratnya bertanding ‘sesuatu jawatan’ minggu lalu, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu kini berdepan kumpulan tertentu dalam PKR yang mahu memastikan karier politiknya punah ranah.
Malah, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi Isnin, Zaid mendedahkan puak yang tidak selesa keputusannya bertanding cuba mengupah blogger menulis kononnya beliau akan membayar RM20 ribu kepada cabang parti itu yang mencalonkannya.
Selain itu, bekas menteri itu juga dituduh kononnya beliau orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR dari dalam.
“Kesetiaan saya juga dipersoal sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan,” katanya.
Beliau berharap ahli-ahli Parlimen terbabit menjelaskan mengapa beliau tidak boleh disokong dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali, pada Isnin.
Zaid turut mendedahkan bahawa beliau mendengar Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga akan diminta berundur.
Beliau menggambarkan, sikap kumpulan ini sebagai sungguh pelik.
“Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,”
“ Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya,” ujarnya.
Menurut Zaid, beliau menyertai PKR kerana mahu parti ini berganding dengan Pakatan Rakyat untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.
Beliau menegaskan, kesetiaannya tidak berganjak seinci pun.
“Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim,” katanya.
Mengakui dirinya tidak setia membuta tuli, Zaid menegaskan beliau menganggotai sebuah organsasi politik yang demokratik, sebuah parti yang terbuka untuk dikritik; bukan sebuah “cult organsation” yang sentiasa mendewakan pemimpin agung mereka.
“Saya sokong pemimpin yang benar dan bijak, dan saya sanggah pemimpin yang berpura-pura. Kalaulah ini bererti saya tidak setia saya rela dihukum oleh ahli-ahli nanti,” katanya.
Menurutnya, beliau turut diberi amaran akan dikuburkan seperti Tun Gafar Baba seperti dalam tahun 1993 sehingga pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa tarik diri.
“Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk UMNO dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun UMNO tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim,” tegasnya.
Zaid berkata, beliau tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu.
“Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk,”.
“Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah,” katanya.
Ambil kira pengakuan Zaid, perang pemilihan PKR pasti hangat terutama pemilihan jawatan timbalan Presiden yang bakal menyaksikan beliau ditentang pemimpin kesayangan Anwar iaitu Azmin Ali. - 6/9/2010