Selasa, 7 September 2010

KERANG KOPEK DILUMUR DARAH BABI

Pasar Chow Kit
Kerang darah babi 

Tadi telah disiarkan kisah kerang di pasar Chow Kit yang bercampur babi. Sekarang nak cerita pula kisah mengenai kerang  yang siap dikopek dilumur dengan darah babi.

Berita ini bukan cerita dongeng. seorang rakan yang menetap di kawasan Trong telah mendedahkannya.  Trong, Pantai Remis, Kuala Sepetang dan Kuala Kurau merupakan kawasan pemeliharaan kerang yang sangat terkenal di Perak.

Nelayan kecil kerap kali merungut kerana penternak kerang ini berkuasa bagaikan lanun. Mereka mengupah pengawal-pengawal menghalau nelayan daripada mendekati kawasan pemeliharaan mereka walaupun nelayan berada jauh dari sangkar mereka.

Nelayan menyatakan ia seolah-olah penternak kerang telah membesarkan kawasan mereka daripada had yang dibenarkan.

Ini lah rungutan nelayan yang sampai ketelingaTM. Mereka inilah yang mengusahakan kerang kopek kulit. Setaip hari mereka akan mengupah kanak-kanak dan remaja sekolah menengah untuk membuat kerja ini. Tidak hairanlah jika ramai remaja sekolah menengah menyimpan kuku panjang pada kedua-dua jari ibu. Pernah seorang guru menceritakan bahawa ramai remaja cina menyimpan kuku  dan apabila disoal selidik, mereka adalah pengambil upah mengopek kerang pada sebelah petang.

Kerang yang dikopek perlu kelihatan segar, merah dan tahan lama. Bagi tujuan tersebut pengusaha kerang kopek akan melumurkan kerang tersebut dengan darah babi.

So berhati-hatilah jangan terbeli kerang jenis ini. Peniaga Char Kuew Tiaw adalah pelanggan tetap kerang kopek ini.


Ini pula pendedahan yang dibuat oleh pihak lain,

KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit. Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.


Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.


Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.


“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.


“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.


Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.


Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.


Market babi dan market sayur di Pokok Assam Taiping

Terlanjur mendedahkan kisah kerang dan darah babi TM ingin mendedahkan tentang rungutan penduduk mengenai keadaan Pasar di pekan Pokok Assam Taiping. 

Isu ini telah lama disuarakan oleh penduduk dan bantahan ini telah dipanjangkan sehingga ke pengetahuan Pejabat Menteri Besar. Bagaimana ia telah mendapat bantahan oleh peniaga dan juga ahli-ahli majlis MPT daripada Mca, Gerakan dan Dap supaya mengekalkan keadaan yang sedia ada.

Isu nya begini,  bahagian menjual babi dan barang-barang lain berada dibawah satu bumbung. Ini tidak menjadi masalah dalam hukum Islam. Malah jika daging babi bersentuhan dengan daging biasa pun ia tidak menjadi masalah. daging halal hanya perlu dipotong buang sebahagian yang menyentuh daging babi itu.

Akan tetapi dalam masyarakat Malaysia ia amat sensitif.  Rungutan pembeli sayur dan ikan yang terdiri daripada orang Melayu ialah,  apabila mereka membeli sayur dan apabila peniaga tak ada wang kecil , mereka masuk ke bahagian penjual daging babi untuk membuat pertukaran duit, peniaga itu kembali dan memulangkan wang baki kepada pelangan, inilah yang menjadi kontroversi.

Kadang kala pembeli babi menjinjing daging babi dan masuk ke dalam kawasan sayur. Ada juga rungutan menyatakan daging babi keluar masuk melalui pintu yang sama.

Penduduk Melayu memohon agar MPT menutup terus pintu yang menghubungkan bahagian babi dan bahagian ikan/sayur. Perkara inilah yang menjadi isu hangat dan cuba dipertahankan oleh Dap yang rata-ratanya peniaga pasar tersebut.

Sehingga ke hari ini perkara tersebut tidak dapat diselesaikan oleh kerana mendapat bantahan kumpulan 3 serangkai ini.  Malah ada yang menyindir supaya kerajaan membuat dua jenis wang, satu untuk orang Islam dan satu untuk bukan Islam.

Ada juga yang menyindir supaya peniaga daging lembu juga mengasingkan tempat jualannya kerana ia sensitif bagi kaum Hindu.  Tindakan dan sindiran 3 serangkai itu bolehlah dianggap rasis.

TM tidak mahu mendedahkan siapa mereka itu walaupun ia melibatkan mereka yang bergelar Dato' dan sangat menyokong BN dalam isu-isu lain. Bagi TM beliau seorang rasis dan pandai bermuka-muka.