PERLANTIKAN JAWATANKUASA MASJID (QARYAH) DI PERAK - PR LEBIH ADIL DARI BN
Khamis, 24 Disember 2009 00:03 Ust. Misbahul Munir
Kerajaan PR sewaktu memegang tampuk pemerintahan Perak telah mengemukakan satu cadangan yang cukup adil dalam perlantikkan Jawatankuasa Qaryah seluruh masjid di Perak. Dalam cadangan yang dikemukakan oleh PR, ahli-ahli jawatankuasa hendaklah terdiri sama banyak antara penyokong PR dan BN. Ini adalah untuk mengelakkan perpecahan.
PR tidak mahu masjid menjadi punca perpecahan, cadangan ini dipersetujui oleh Penghulu, Pegawai Tadbir Agama dan Orang Besar Jajajahn yang diberi tanggungjawab mengurus perlantikan dengan dibantu oleh Ketua-ketua Kampung PR.
Apabila proses pemilihan ini selesai, nama-nama tersebut dikemukakan kepada Majlis Agama Islam, Tuanku Raja Muda Perak selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Perak turut berkenan dengan cadangan ini. Belum sempat cadangan ini diluluskan oleh Majlis Agama Islam, berlaku rampasan kuasa di Perak angkara pengkhianatan oleh tiga orang ADUN Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.
Perlantikan tertangguh sehinggalah UMNO BN mengubah keputusan terdahulu dengan menapis serta menyingkir beberapa penyokong PR samada dari PAS atau PKR daripada menganggotai Jawatankuasa Masjid.
Ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat mereka campurtangan dan menentukan dalam urusan perlantikkan Jawatankuasa Masjid. Berbeza sama sekali dengan amalan PR, di mana pimpinan PAS dan PKR sekadar memastikan perlantikan Jawatankuasa masjid adalah sebagaimana yang dipersetujui iaitu jumlah ahli jawatankuasa hendaklah sama ramai bilangannya antara penyokong PR dengan BN.
Dalam perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Qaryah, beberapa ahli UMNO termasuk beberapa wakil rakyat BN tetap kekal sebagai Pengerusinya, hanya sekiranya mereka tidak ada kelayakan kerana masalah peribadi, tidak pernah ke masjid dan tidak ada akhlak Islam, barulah mereka diganti dengan mereka yang benar-benar berkelayakkan.
Apa yang UMNO BN lakukan hari ini jelas menunjukkan bahawa merekalah penaja kepada perpecahan selama ini. Masjid digunakan untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
Terbukti, mana-mana masjid yang dikuasai oleh penyokong-penyokong PAS ternyata lebih hidup dan imarah berbanding dengan masjid yang dikuasai oleh UMNO. Masjid tersebut mati dan sunyi, majlis pengajian tidak dihidupkan.
Dan inilah yang UMNO BN mahu, apabila pengajian di masjid tidak berjalan, rakyat akan tetap jahil dalam menguasai ilmu-ilmu agama, bila rakyat jahil, mudahlah UMNO BN memperbodohkan mereka sehingga rakyat ikut sahaja telunjuk UMNO BN.
Rakyat wajar dan wajib bangun memprotes proses perlantikkan yang seumpama ini. Masjid-masjid akan mati apabila ditadbir oleh mereka yang tidak mendahulukan akhirat dan agama. Sudahlah hak rakyat memilih kerajaan yang sah dalam pilihanraya lalu dirampas secara kotor dan jijik oleh UMNO BN, kini masjid sebagai institusi agama yang paling mulia juga dirampas oleh mereka.
Sejarah telah membuktikan pemimpin UMNO BNlah yang paling biadab terhadap Islam dan para ulamanya. Ulama-ulama yang ada kelayakan dan kemampuan menyampaikan Islam dengan baik di masjid disekat oleh mereka. Inilah UMNO dulu kini dan selamanya anti Islam sepanjang zaman.
sumber:misabah.blogspot.com
Perlantikan Jawatankuasa Masjid Perak Perlu Dihormati
Tuesday, 22 December 2009 17:50
IPOH - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain( foto) menasihatkan Umno Perak supaya jangan cuba memutar belit dan mempolitikkan isu perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di negeri itu.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini turut memberi amaran supaya Umno jangan menderhaka dan menyanggah keputusan Raja Muda Perak.
”Jika Umno Perak masih lagi berkeras dan tidak bersetuju dengan senarai baru yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak, ini menunjukkan Umno Perak jelas menunjukkan sikap ‘derhaka’, tidak menghormati keputusan yang dipersetujui Raja Muda Perak itu,” jelas beliau.
Menurutnya, sebelum ini kaedah yang digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak dalam memastikan terbentuknya Ahli Jawatankuasa Masjid sangat bertepatan dengan prinsip demokrasi dan adil, Pakatan Rakyat Perak telah memberikan mandat kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIP) iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ), Penghulu Mukim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA ) membuat pilihan tanpa campurtangan politik mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat sendiri pada ketika itu
Katanya, kaedah yang betul ini tidak digunakan oleh kerajaan BN, yang mana UMNO Perak telah membuat senarai pemilihan mengikut kehendak parti itu, ini jelas menunjukkan UMNO Perak telah melanggari prinsip demokrasi dalam perlantikan ahli jawatankuasa masjid.
Memetik kata-kata beliau "Sebelum ini Umno guna kaedah ketua cawangan pilih siapa jawatankuasa Masjid yang mereka mahu, kemudian diserahkan kepada ketua bahagian, kemudian diserah kepada Pengarah JAIP untuk disahkan oleh Majlis Agama (MAIP).
"Umno dengan jelas telah mengenepikan hak JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dengan tidak membenarkan JAIP ubah senarai itu malah dipaksa untuk mengesahkannya,”
Sehubungan itu beliau juga menasihatkan agar Umno jangan sesekali mencuba untuk mengenepikan Istana demi mencapai hasrat mereka menguasai masjid.