PR Pasir Berdengung |
Umno juga sudah berani bertindak dengan tindakan mengambil tindakan undang-undang terhadap kepimpinan Pas, Pkr dan Dap. Terbaru Umno Perak akan mengheret Nizar ke mahkamah untuk membuktikan dakwaannya bahawa Umno terlibat dalam isu gambar LGE menyembelih lembu.
Hari ini Pas sudah pandai menjenguk ke balai polis untuk membuat laporan terhadap Umno dan blogger Mesra BN. Sebagai contoh Pas Kota Baru dan Shah Alam pernah membuat laporan polis berkaitan gambar Nik Aziz diliwat oleh Anwar.
Kemudian Pas Shah Alam sekali lagi membuat laporan polis mengenai gambar Khalid Samad dimanipulasikan menjadi Pope. YB Dato Hamidah Osman (Kak Midah) menjadi mangsa Pas Shah Alam.
Revolusi Pas |
Beberapa hari lepas beberapa orang muda Pas sekali lagi membuat laporan polis mengenai dakwaan Tan Sri Zanuddin Mydin mengenai isu Pas mendesak Tunku supaya merampas harta Cina pada tahun 1969. Budak nagoi tu apa dia tahu mengenai sejarah silam Pas. Bodoh betul Pas, ataupun budak itu menjadi kambing hitam Pas. Kesian budak tu, muda-muda dah kena naya oleh pemimpin otai Pas.
Apabila Tan Sri Zam mendedahkan isu ini Pas semakin panas punggung takut ditolak oleh Dap. Pas amat risau jika Dap menolak Pas dari menjadi sekutunya. Hancurlah cita-cita Pas untuk menawan Putrajaya.
Ini kerana nyawa Pas berada dalam tangan Dap, Pas mungkin tidak dapat membentuk kerajaan tetapi cukup lah sekadar menjadi wakil rakyat, dapat juga merasa elaun wakil rakyat dan jika kalah selepas itu merasa juga pencen wakil rakyat.
Pas terpaksa mempertahankan diri ketika ini kerana setiap isu yang mereka lakukan, blogger Mesra BN akan memerhati dan menilai, jika salah blogger Mesra BN akan menyerang mereka habis-habisan.
Pada hal jumlah blogger Mesra Bn bukanlah ramai sangat jika dibandingkan dengan bloggers Pas. Walau pun bloggers Pas ramai jumlahnya tetapi mereka lemas kerana kehabisan peluru.
Cuma nyawa mereka bergantung kepada Kitab Suci (harakah ) untuk memenuhkan blog mereka setiap hari. Nak komen dalam blog Mesra BN pun mereka copy and paste dari kitab suci mereka.
Teoh Ni Ching kiri sekali |
Pandai pula Pas mencari alasan bahawa bukan Islam boleh masuk masjid. dahulu apabila Umno menjemput kaum Cina datang ke masjid kerana mereka ingin memberi bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim Pas dengan lantang melabelkan Umno sebagai buta agama dan haram.
Umno tetap diam membisu dengan tohmahan Pas. Hari ini bila kena batang hidung sendiri barulah Pas menggelepar bagai ayam kena sembelih.
Semalam seorang lagi pemimpin Pas yang dikenali sebagai Idris Mugabe Hotentot telah melancarkan kempen propaganda Pas yang diberinama Risalah Balik Kampung. (tak salahkan panggil dia Mugabe Hotentot kerana selama ini pun mereka melabelkan MB Perak sebagai Zamry Mugabe)
Ingatkan risalah memberi pesanan kepada Pas supaya berhati-hati dijalan raya, rupanya penuh dengan dustanista yang memburukkan kerajaan BN dan seolah mengulang menifesto Pas yang tak tertunai-tunai, risalah tersebut penuh dengan janji politik yang entah bila akan dilaksanakan. Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sudah pun menjadi harta milik mereka tetapi satu pun janji politik tidak ditunaikan,
Mereka hanya menjadikan modal ceramah sahaja bahawa mereka telah dan akan memberikan bermacam-macam bantuan kepada anak-anak yang baru lahir, yang nak masuk IPT, kepada suri rumah, warga emas tetapi satu majlis penyerahan atau majlis penyampaian bantuan satu pun tak pernah dilakukan. Kelentong sahaja yang lebih.
Masalah pentadbiran masjid pun sama. Pas Perak semakin risau dengan langkah Umno Perak untuk mengstrukturkan semua semua pentadbiran masjid yang dirampas oleh Pas pada sekitar tahun 2000 yang lalu.
Abu Bakar Hussin |
Bulan Ramadhan berada di penghujungnya. Pas Selangor dan Pulau Piang( Penang) aktif dengan program Ramadhan dengan wang bantuan Dap (Tak rasa haram ka?) dalam menjalankan program sepanjang Ramadhan. Kedah pula terus tidur lena
Sebut sahaja Pas Kedah teringat pula tetanng pembohongan Setpol MB Kedah dalam isu balak. Bila berlaku banjir besar di Sik yang berpunca daripada pembalakan haram dan pembalakan hahal yang berlebih-lebihan.
Setpol menafikan bahawa Pas Kedah tidak meluluskan lesen balak sepanjang 2 tahun pentadbirannya, beliau menyalah pentadbiran BN yang mengeluarkan balak.
"Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini 2010 belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN"- Sanusi Mat Nor Setpol MB Kedah
Kononnya untuk membolehkan hasil hutan dikeluarkan ia akan mengambil masa 3 tahun untuk tujuan proses termasuk proses menanda pokok oleh jabatan hutan.
Bagaimanapun pembohongan Setpol ini terjawab dalam Risalah Balik Kampung dimasa satu ayat menyatakan Kerajaan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan balak sebanyak 205% dan hasilnya pada 2009 ialah RM 35 juta berbanding RM7 juta semasa negeri di tadbir oleh Umno. Nah!!! pekung Setpol yang munafik terdedah lagi,,
bersambung dalam lain siri/...