TM mendapati banyak sekolah-sekolah di Perak dan juga IPTA mendapatkan khidmat motivasi daripada syarikat luar. Ada yang datang jauh dari Kelang dan tidak kurang juga syarikat-syarikat motivasi dari Perak.
Pihak pentadbiran sekolah kurang peka dan tanpa banyak soal menyerahkan tanggungjawab kepada Guru lain seperti Guru HEM atau Guru Bimbingan dan Kaunseling ataupun kepada Ustaz dan Ustazah untuk menentukan samada menerima atau menolak syarikat tersebut.
Peluang keemasan ini akan dimanipulasikan oleh guru-guru yang pro pembangkang untuk menjemput syarikat rakan mereka yang mengendalikan program motivasi ini
Kementerian perlu ada satu garis panduan dalam hal ini, dan syarikat yang ingin menjalankan perniagaannya hendaklah melalui acid test yang ketat. Kementerian juga perlu menyeraikan mereka yang layak atau tidak layak.
Perkara ini akan menjadi satu masalah kepada negara jika dipandang ringan dan tidak diambil peludi oleh pihak yang berwajib.
Dr Hassan Ali, Dr Syukri, Dr Tuah Dr Fadilah Kamsah dan ramai lagi telah membuktikan mereka berjaya dalam bidang ini. Oleh itu kem-kem motivasi atau syarikat yang mengendalikan program ini semakin bertambah setiap masa dan masing-masing ingin menjadi terkenal dan ramai yang melobi untuk muncul dikaca tv setiap pagi,
Baru-baru ini TM telah terjumpa dalam satu laman web mengenai sebuah syarikat yang giat menjalankan perniagaannya di Perak. Syarikat ini terdiri daripada mereka yang anti kerajaan dan salah seorang panel yang bergelar Tok Guru adalah seorang yang membawa fahaman Syiah. Ini didedahkan oleh musuh politiknya yang merupakan ahli sunnah wal jammaah.
TM khuatir jika perkara ini tidak dipantau-selia, fahaman-fahaman luar ini akan menguasai pemikiran pelajar-pelajar kita.
Sama juga dengan Al_Arqam yang diharamkan ajarannya. Mereka juga kerap mengadakan kem motivasi 3 hari 2 malam dan impaknya sangat menakjubkan. Seorang rakan pada awal 80an telah turut serta dalam program Al-Arqam dan dalam tempoh yang pendek itu berjaya mengubah personaliti nya . Jangan sebut dan jangan berani menyatakan ajaran Abuya sesat. rakan sanggup berparang dan putus sahabat kerana membela Abuya.
Begitu juga dengan kem motivasi yang dikendalikan oleh puak-puak ini. Impaknya besar dan tidak hairanlah ramai remaja lepasan sekolah hari ini yang anti kerajaan. Paling malang jika mereka menolak mazhab Imam Shafie yang menjadi amalan kita orang Melayu.
Syarikat yang TM maksudkan sudah berjaya menyusup masuk dan menjalankan program motivasi kepada lebih 50 sekolah rendah dan menengah di Perak. jumlah itu tidak termasuk IPTA/S.
Ada juga syarikat yang mengadapat kem bijak qurang dengan mengenakan bayaran yang sangat mahal iaiti RM 150 untuk 2 hari 1 malam. Satu ketika dahulu syarikat dari Kelang yang dikendalikan oleh seorang PhD berjaya mengumpul wang ratusan ribu ringgit sekali turun ke Taiping.
Bagaimana pun Impaknya kesan kepada pembelajaran dan peperiksaan tidak memuaskan. Ramai juga pengendali program ini mempunyai magic yang boleh membaca personaliti pelajar dengan tepat dan yang paling tidak beretika ialah apabila pelajar dimalukan dihadapan ratusan pelajar lain dan ibubapa. Ia amat menyalahi etika motivasi dan kaunseling