Tengah hari dalam satu majlis sambutan Aidil Fitri Perkasa Taiping, TM telah ditunjukan satu SMS daripada Dato Sri Nazri Aziz yang menyarankan YDP Perkasa Perak menjadi parti politik dan bertanding dalam PRU 13.
TM ketawa dan tersenyum membaca SMS seorang yang bertaraf menteri dalam isu ini, lalu dalam sidang media di pejabat Perkasa Taiping, TM bertanya sekali lagi soalan ini kepada Presidennya YB Dato Ibrahim Ali.
Beliau mengulang pendirian Perkasa untuk tidak berminat untuk menjadi parti politik selagi beliau menjadi Presiden. Jika empat atau lima tahun akan datang Perkasa dipimpin oleh individu lain, itu saya tak tahu terpulang kepada pucuk pimpinan baru dan akar umbi yang menentukannya. Setakat hari ini kita akan menjadi sebagai sebuah NGO yang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan kontrak sosial yang dipersetujuai oleh pemimpin-pemimpin sebelum merdeka.
Kita menentang mana-mana parti politik yang mempersoalkan tentang kontrak sosial dan yang mempertikaikan pelembagaan kita. Ini jelas bahawa Perkasa juga akan menentang bukan berdasarkan parti yang Anti Nasionalisme hatta Melayu sekalipun yang bersifat seperti Dap walaupun mereka berselindung dengan bendera Umno dan BN.
Perkasa akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik tanpa mengira kaum dan NGO yang menyokong perlembagaan dan kontrak sosial.
53 tahun kita mendokong kontrak sosial dan perlembagaan, kini anak cucu mereka pula berani mempertikaikan apa yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu. Dua perkara ini tidak boleh dipertikaikan, tidak boleh dibawa ke mahkamah dan tidak boleh dipersoalkan walaupun dalam parlimen. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menghormatinya.
Seterusnya bila diajukan soalan mengenai kritikan Tan Sri Koh Tsu Koon terhadap Perkasa minggu lalu, Ibrahim berkata " Tsu Koon seorang panglima yang ketiadaan tentera kerana telah melarikan diri kepada pembangkang. Koh Tsu Koon telah meletakkan mindanya sebagai seorang PhD ke tahap paling rendah dengan menghina perjuangan Perkasa dan boleh diibaratkan sebagai seorang ahli politik low class yang memalukan diri sendiri.
Begitu juga dengan Chua Soi Lek yang memutar belitkan fakta ekuiti bumiputra yang pada hakikatnya ingin menghapuskan kuota 30 peratus pegangan melayu dan bumiputera. Bukan sahaja beliau malah terdapat ramai pemimpin MCA sebelum ini yang telah mempertikaikan hak-hak Melayu dan bumiputera dan perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan mencetuskan api kemarahan dan seterusnya menghuru-harakan negara.