Rabu, 29 Disember 2010

Anwar yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin!

By Umno Kuala Selangor

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menegaskan, beliau bukan individu yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya pemimpin yang seharusnya menerima nasib itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Gobalakrishnan, Penasihat PKR itu sepatutnya dikenakan tindakan berkenaan kerana meminggirkan masyarakat India di negara ini apabila menutup Kuil Siva di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

"Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke atas Anwar kerana menutup Kuil Siva, malah sepanjang 12 tahun lalu beliau hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti manakala masyarakat India dipinggirkan.

"Tindakan disiplin juga perlu dikenakan terhadap Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gangster pada pemilihan PKR baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobalakrishnan melalui laman sosial Twitter mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.