Rabu, 29 Disember 2010

Kenapa Khalid Ibrahim menentang SUK baru

Semuanya sudah muktamad. Dato Mohd Khusrin Munawi sah sebagai SUK Selangor yang baru.

Usaha Khalid untuk menyembah derhaka kepada Sultan tidak laku lagi.

Soalnya kenapa Khalid menolak Khusrin?

Jawapannya amat mudah, Khalid mahukan Dato Aris iaitu Pegawai Kewangan Negeri kerana Aris adalah saudara mara Khalid.

Dato Aris juga terlibat secara langsung dengan Kumpulan Semesta dan juga menguasai Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor atau YBK.

Aris adalah aset penting bagi Khalid dan Aris akan menutup segala kesalahan dan penyelewengan yang telah dan bakal dilakukan Khalid.

Untuk menghalalkan cara Khalid, PKR dan PAS telah menuduh Khusrin adalah orang BN dan pro Kerajaan Persekutuan.

Khalid cuba menyembunyikan fakta bahawa perjawatan SUK setiap negeri adalah perlantikan Kerajaan Pusat. Ketua Setiausaha Negara lah yang mempunyai kuasa dalam urusan ini. Bukan Khalid, bukan Anwar Ibrahim bukan Lim Guan Eng dan bukan Nizar Jamaluddin.

Dato Mohd Khusrin adalah kaki tangan awam yang tegas dan berwibawa, tegas dan bertanggung jawab. Beliau juga disenangi oleh Baginda Sultan kerana menjalanan titah dan arahan Baginda sebagai pengarah JAIS sebelum ini.

Akhir kata kerajaan negeri hendaklah akur dan menerima perlantikan SUK yang baru tanpa perasaan sangsi dan berbelah bagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.