Selasa, 4 Januari 2011

Al Kisah phd

Berita ini berlaku di satu kawasan perumahan di Taiping. Kisah hasad dengki melayu sama melayu.

Dalam sebuah taman yang jauh dari bandar terdapat beberapa buah van yang digunakan untuk mengangkut pelajar sekolah, menengah dan rendah. Kesemua van tersebut bertaraf persendirian bukan berdaftar sebagai kenderaan awam.

Berbelas tahun mereka menjalinkan kerjasama sesama mereka dalam menetapkan kadar tambang dan sebagainya. Pelajar yang menjadi pelanggan mereka termasuklah anak-anak polis dan JPJ.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka telah melangkah setapak kehadapan. Beliau yang mempunyai dua buah van telah membeli sebuah bas sekolah. Tahniah atas kesedarannya.

Akan tetapi perangai busuknya terdedah kerana beliau ingin membunuh rakan-rakan yang lain. Beliau membuat laporan kepada pihak berwajib untuk menangkap van van haram lain yang tiada permit.

Akibat dari laporan itu, satu operasi telah dibuat untuk membenteras kegiatan van haram dan ia menyusahkan ibubapa kerana terpaksa menghantar sendiri anak ke sekolah.

Pengusaha bas yang menikam belakang kawan sebenar boleh boleh membawa pelajar kerana permitnya masih dalam proses untuk kelulusan.

Difahamkan beliau juga sudah memberi wang saguhati kepada pelajar pelajar supaya menaiki bas nya.

Inilah cerita melayu phd.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.