25 Januari 2011
Kami sebagai pelajar Universiti sangat bersyukur kerana diberikan cuti sempena Hari Polis Sedunia. Kemudian saya melihat seorang rakan ‘update’ status twitter berkata “it’s the police day but it seems the people wont let the police to rest for a day”. Saya masih ketawa dan mendengar desas desus ada rusuhan berlaku di Tahrir, Cairo yang terletak lebih kurang 1 Jam 30 dari tempat saya Zagazig. Saya masih melawak dan mengatakan ini mesti rusuhan berkenaan kenaikan harga roti ish (makanan ruji ) yang dinaikkan harga oleh kerajaan sebanyak 400%. Tetapi selepas melihat video di Youtube baru saya tahu mereka serius sehingga ada yang berkampung di Medan Tahrir dalam kesejukkan winter dan perusuh berkongsi roti ish demi melapik perut.
28 Januari 2011
Pagi Jumaat seperti biasa tapi dalam kuthbah Jumaat, imam ada mengatakan yang tada halangan untuk pergi menyertai rusuhan tetapi di harapkan semua yang menyertai rusuhan menjaga keselamatan diri masing-masing. Kami pelajar Malaysia masih ingatkan perkara ini tidak serius tapi pada waktu malam selepas menonton al-jazeera, kami mendapat clear picture apa yang berlaku sebenarnya. Perusuh menjadi semangkin ramai dan ganas. Bangunan kerajaan di pecahkan dan berita tentang penjara di Alexandria pecah tersebar.memang benar perkara itu berlaku dan banduan-banduan ini merompak bank dan pasaraya carefour di sana. Saya yang berada di Zagazig iaitu lebih kurang 4 Jam perjalanan ke Alexandria masih merasakan selamat berada di bumi Zagazig sehinggakan . tidak di sangka-sangka rupanya Zagazig yang aman ini juga bergolak, mendapat call dari rakan yang rumahnya 15 minutes dari kawasan perumahan saya mengatakan di bawah rumah mereka penduduk Zagazig sedang merusuh, 1 trak pols dan 1 kereta awam di terbalikkan dan di bakar.asap gas pemedih mata naik sehingga ke dalam rumah. Pada hari ini jugalah segala perhubungan dengan dunia luar disekat seperti SMS dan Call serta internet. Hanya certain-certain handphone yang boleh membuat panggilan.
29 Januari 2011
Certain-certain call yang boleh di buat malam semalam hanya untuk kawasan selain Cairo dan Alex. Maknanya kami memang tidak dapat bertanyakan khabar sahabat-sahabat yang berada d Cairo dan Alex. Kereta kebal mula masuk ke bumi Zagazig dan perintah berkurung dari pukul 4 Petang sehingga 8 Pagi keesokannya di kuatkuasakan. Ramai pelajar sudah mula ketakutan dek kerana perintah berkurung dan penjara di Zagazig sudah di pecahkan. Kini lebih 30 000 banduan berkeliaran di bumi Mesir. Polis sudah tiada kuasa, yang berkuasa hanya tentera. Ada rumah pelajar Malaysia yang di tentang pintu oleh orang arab untuk mengajak mereka turut sama berdemonstrasi. Makanan di kedai-kedai mula habis, topup di naikkan harga. Tapi Alhamdulillah kami di Zagazig sempat membeli makanan secara pukal.
30 Januari 2011
Dek kerana rusuhan yang masih belum berhenti, perintah berkurung diketatkan dari pukul 1 petang hingga 8 pagi. Rakan yang flight Egypt Air pada 30 Jan jam 1 am di batalkan tanpa sebarang notis dan tidak mendapat sebarang refund. Lebih kurang 50 pelajar Malaysia tersekat di Airport. Meraka tidur di sana 2 malam dan pada 2 feb baru sampai ke Malaysia.
2 Februari 2011
Khabar angin ada mengatakan pelajar Malaysia akan di bawa keluar, namun sebarang tindakan masih tidak di ambil.Kalau dilihat, keadaan tidak mungkn akan menjadi lebih baik namun keselamatan kami masih di pertaruhkan. Hanya pelajar Sabah yang di panggil pulang ke rumah negeri yang terletak di Cairo. Kami di Zagazig masih aman dengan kereta kebal di merata-rata tempat. Saya dan 2 orang rakan pergi ke pekan untuk melihat sendiri kesan-kesan rusuhan. Cermin-cermin bank pecah, kereta kebal berjaga di semua bangunan kerajaan dan dapat di lihat penduduk mula beratur panjang di mesin ATM untuk mengeluarkan wang yang 3 hari lepas National Bank of Egypt menghentikan segala perkhidmatan mereka.dalam perjalanan pulang saya melihat 2 kumpulan perusuh, satu anti-kerajaan dan sati lagi pro-kerajaan yang berarak keluar dari university untuk bertempur dengan penyokong anti-kerajaan. Apa yang mengejutkan saya bila melihat ketua bagi kumpulan kerajaan itu adalah orang yang saya kenal, iaitu Prof Abdul Aziz, Dean of Sports Faculty. Mala mini baru tersebar tentang plan mengeluarkan pelajar Malaysia secare berperingkat-peringkat
3 Februari
Pagi kami diberitahu untuk berkumpul pada pukul 10 pagi dan menunggu arahan seterusnya. Pihak univertisy berkeras mengatakan peperiksaan pertengahan tahun tidak akan di anjak dan mereka menghalang kami untuk pulang. Posted by ariff haikal at 11:58 PM