Khalid masih tergagap menerima Khusrin |
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dibenar mengangkat sumpah kerahsiaan minggu depan tetapi tidak dibenar menyertai semua mesyuarat kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khusrin yang dilantik Kerajaan Pusat sebelum ini sudah mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Sultan Selangor 7 Januari lalu. Namun, beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar Selangor seperti dikehendaki Perlembagaan Negeri.
Menurut Khalid, mesyuarat akan dibahagikan kepada dua bahagian.
“(Mesyuarat itu) kita strukturkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dia boleh hadir, satu bahagian lagi dia tak boleh hadir,” kata Khalid.
“Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” tambahnya.
Justeru, Apakah kerajaan negeri di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bersifat telus? di manakan istilah Good Governance dan istilah Transparency yang dilaung-laungkan sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional ?
Sekarang rakyat Selangor kenalah buka minda , buka mata dan menilai sendiri keadaan semasa pemerintahan Barisan Nasional dan Pakatan. Sudah tentulah kerajaan Barisan Nasional dahulu bersifat telus dan memerintah dengan baik.
Sejak negara mencapai kemerdekaan , kerajaan negeri di bawah BN tidak pernah menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengasingkan kuasa Sultan dan kuasa Dewan Negeri. Kerajaan Barisan juga tidak pernah mempertikai perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri seperti yang berlaku sekarang.
Mengapakah SUK dihalang menghadiri sesetengah mesyuarat exco? Jawapannya ialah kerana Khalid dan pemimpin-pemimpin Dap, Pas dan Pkr mempunyai agenda jahat dan lebih bersifat kongsi gelap atau Mafia.
Khalid harus ingat bahawa beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum ke 12 untuk menduduki dewan undangan negeri Selangor.
Oleh kerana Pakatan Rakyat bersetuju Khalid menjadi ketua dan Sultan memperkenankannya beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar atau Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri.
Dato Khusrin pula, adalah yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi Ketua Pentadbir kepada Kakitangan Kerajaan Negeri dan mematuhi segala nasihat oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dalam segala aspek pentadbirannya.
Kedua-duanya terpaksa mengangkat sumpah perlantikan dihadapan Sultan Selangor. Tidak banyak bezanya antara Khalid dan Khusrin. Bezanya ialah Khusrin sebagai Penjawat Awam diwajibkan untuk mengangkat sumpah kerahsian dihadapan Menteri Besar Selangor .
Adalah dengan sumpah tersebut Khusrin tidak boleh membocorkan segala rahsia kerajaan kepada umum atau musuh-musuh negara. Jika melanggar sumpah Khusrin boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dan sebagainya.
Harus diingat juga bahawa perlantikan Khusrin mempunyai had masa tertentu, boleh jadi 3 tahun , 10 tahun atau sehingga beliau tamat dan bersara dari kerajaan.
Ia berlainan dengan Khalid Ibrahim, seandainya dalam PRU 13 , Pakatan Rakyat kalah dan kerajaan diambil alih oleh pihak lain, Dato Khusrin tetap memegang tugasnya sebagai SUK.
Sebagai contoh ialah kedudukan SUK Perak Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Hashim. Beliau bertugas dibawah Menteri Besar YB Dato Seri Nizar Jamaludin dan YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Begitu juga dengan kakitangan kerajaan negeri dari peringkat Jusa A sehingga R1 atau N1 , mereka tetap juga berkhidmat seperti biasa sehingga pencen, walaupun parti yang memerintah silih berganti.
Oleh itu tidak ada sebab untuk Khalid Ibrahim takut kepada Khusrin Munawi. Percayalah kepada transparency dan good governance yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sebelum pilihanraya.