Sabtu, 26 Februari 2011

Yang Berbahgia Tun Mahathir di Pasir Salak Perkasa



Dengan penuh semangat Pahlawan Tun Mahathir diapit oleh Dato Tajuddin Rahman, Dato Seri Ramlee Ngah Talib dan Dato Ibrahim Ali dan beberapa AJK Perkasa Pusat dan Negeri.

Tun bercakap mengenai anak didik kesayangannya yang telah menjadi pengkhianat bangsa dan negara.

Tun juga menyebut bahawa orang Melayu hari ini ditekan oleh pihak lain sehingga nak menyebut Melayu pun dianggap rasis, apatah lagi jika bercakap mengenai ketuanan Melayu.

Sekarang ini ada pemimpin melayu yang sudah lupa diri dan menuduh bahawa Dasar Ekonomi baru hanya menguntungkan beberapa kerat pemimpin Umnno sahaja. Sebenarnya hasil DEB lebih dari suku juta orang Melayu sudah menjadi sumber tenaga yang berjaya dan berpendapatan tinggi.

Tun juga menyatakan Melayu dahulu bertanam padi tetapi dengan DEB mereka diberi biasiswa untuk belajar di IPT. 70 peratus pelajar IPT adalah dari bangsa Melayu luar bandar yang miskin. Tanpa DEB mereka tak layak dan tak mampu belajar di IPT. Anak anak PAS dan PKR pun mendapat peluang belajar di IPTA.

Beliau juga masih ingat bahawa Tun adalah 7 orang Melayu berjaya ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapore kerana diberi peluang. Orang Melayu diberi peluang untuk ke IPT kerana Hak Keistimewaan Orang Melayu. Ini janji dan orang lain tak boleh pertikaikan Hak Melayu.

Perananan DEB untuk meningkat taraf orang Melayu pun kini telah dipersoalkan oleh bukan Melayu.

Hari ini anak-anak bukan Melayu juga diberi peluang untuk belajar di IPTS melalui Twining Program dan diakhir tahun mereka berpeluang untuk keluar negara dengan kos yang rendah berbanding jika belajar 4 atau 5 tahun di luar negaram

Orang Melayu juga kini berpeluang belajar di IPTS dengan yuran yang rendah dan dengan bantuan Mara.

Kini ada pihak yang mempertikaikan 70 peratus Melayu/ bumiputera di IPTA. Mereka lupa bahawa berapa ramai orang Melayu di IPTS yang mengenakan yuran yang terlalu tinggi.

Kita berusaha untuk mengimbang peluang orang Melayu dalam mencari ilmu.

Sistem berkongsi kuasa dalam kerajaan campuran juga merupakan satu sistem yang baik dan perlu dikekalkan di Malaysia.

Selama 50 tahun negara kita aman dan tiada tuntutan yang bukan-bukan. Hari ini sudah ada suara-suara sumbang. Hari ini kita kena berhati hati kerana sudah ada suara sumbang yang cuba untuk memburukkan sistem kita dan cuba menuntut perbagai bagai tuntutan.

Hari ini perhimpunan Perkasa menunjukkan kita bersatu dan menyokong Perkasa . Kita akan menjadi kuat dan juga menyokong perkongsian kuasa. Orang Melayu tidak tamak dan sanggup bertolak ansur dalam pemerintahan. Dan kaum lain hendaklah menghormati dan janganlah hendak merampas hak hak orang Melayu yang sudah tinggal sedikit ini.

Kita risau dan takut sekiranya hak kita yang sedikit ini juga, hendak dirampas oleh orang lain.

Kita tidak sanggup melihat negara ini tergadai kepada mereka yang tamat dan pilihlah pemimpin yang sanggup berkhidmat dan membela nasib kita orang Melayu.

Akhir sekali Dato Tajuddin bersama 10 - 15 ribu ahli Perkasa melaungkan Hidup Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.