Khamis, 3 Mac 2011

FITNAH PAS SAMA LEVEL DENGAN YAHUDI MAJUSI

Bajet Negeri Pahang Lemah, Akan Alami Masalah Ekonomi Berterusan - Hashim

E-mail Cetak PDF
IMG_0873.2TEMERLOH: Bajet negeri Pahang
bagi tahun 2011 sebagaimana dibentangkan Menteri Besarnya, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob, adalah bajet lemah yang boleh menjurus kepada 'papa kedana'  jika  pemerintah  tidak segera mengubah  corak pentadbiran dan budaya pengurusan yang lebih baik, kata Setiausaha Penerangan PAS Pahang, saudara Hashim Abdullah. 
Malahan menurut Hashim pembentangan bajet, minggu lalu itu tidak menunjukkan kerajaan benar-benar serius menwujudkan polisi-polisi  baru setelah prestasi tahun-tahun sebelumnya tidak menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, sebaliknya keadaan kewangan negeri terus terdedah kepada defisit untuk  tahu ke 13 berturut-turut dengan hutang negeri yang tinggi.
"Kita tidak melihat adanya pemikiran baru dalam  bajet negeri  yang dibentangkan Menteri Besar, Dato Seri Adnan Yaakob minggu lalu yang boleh  dipaut keyakinan  tentang  ujudnya perubahan –perubahan baru dari aspek polisi, penambahbaikan pengurusan dan kecekapan dalam meneroka peluang-peluang ekonomi  berskala besar.
"Kalau kita melihat anggaran perbelanjaan melalui pembentangan bajet negeri  sudah pun membayangkan ketidak seimbangan  pendapatan dan perbelanjaan apabila  anggaran kutipan hasil hanya berjumlah RM 532,117,720 sedangkan  bebanan kerajaan melalui  keperluan mengurus sebanyak RM600,424,140 menjadikan kewangan negeri berada dalam keadaan deficit untuk tahun ke 13 berturut-turut,"katanya.
Tambah Hashim ancaman kepada perkembangan ekonomi negeri datangnya dari kelemahan sistem kawalan sehingga menjurus kepada unsur-unsur penyelewengan sebagaimana yang telah didedahkan dalam laporan audit setiap tahun.
"Kita telah membaca teks ucapan bajet negeri  dan dapat melihat secara jelas  ketumpulan idea kerajaan dalam  usaha memperbaiki keadaan yang ada. Sedangkan, dalam laporan Audit Negara 2009 telah mendedahkan  berlakunya tahap pengurusan yang lemah dari aspek perancangan, perlaksanaan  dan kawalan sehingga menyebabkan kerajaan  mengalami kerugian akibat daripada penyelewengan yang berlaku.
"Oleh itu adalah sesuatu yang amat mendesak bagi kerajaan negeri Pahang  mengubah cara berfikir  untuk memperbaiki keadaan. Kita menyarankan  kerajaan negeri Pahang yang dipimpin Umno BN  belajar dari negeri Pakatan Rakyat bagaimana untuk  memacu pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih baik sebagaimana diakui dalam laporan Audit Negara walau pun mereka mengalami sekatan dan gangguan.
"Adalah tidak munasabah bagi negeri Pahang yang berada dalam persekitaran yang sangat ekonomik  dengan potensi penjanaan hasil  yang melimpah ruah yang tidak terdapat di negeri  lain seumpama Kelantan dan Kedah  tetapi mengalami  masalah ekonomi  yang cukup parah.
"Kita amat dukacita apabila melihat prestasi ekonomi  Pahang  yang terlalu sukar untuk memperolehi sumber hasil  melepasi   angka RM 500juta  dalam suasana ekonomi berkembang maka sebab itulah dalam suasana yang ada sekarang  anggaran yang ditetapkan  adalah diluar reality sebelumnya,"katanya.
Tegas Hashim lagi berdasarkan pengamatannya pertumbuhan ekonomi negeri hanya boleh dicapai jika berlaku perubahan politik besar-besar justeru beliau meminta rakyat melakukannya sebagai rakyat di negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat.
"Kita melihat keperluan mendesak untuk rakyat membuat perubahan politik yang   menyeluruh bagi meletakkan ekonomi negeri pada landasan yang betul.
"Sebab itulah juga PAS dan Pakatan Rakyat negeri menawarkan  kepada rakyat  peluang-peluang penambahbaikan ekonomi berasaskan amanah  dan kecekapan melalui perubahan politik dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Read more: http://www.pahangkini.net/berita/negeri/285-bajet-negeri-pahang-lemah-pahang-akan-alami-masalah-ekonomi-berterusan-hashim#ixzz1FXMM5hJt

BERIKUT ADALAH BELANJAWAN YANG SEBENARNYA OLEH KERAJAAN PAHANG, LIHAT PERBELANJAAN DAN LEBIHAN BELANJAWAN-