Isnin, 28 Mac 2011

Hasrat tunjuk keputusan SPM tidak kesampaian, gadis mati dibunuh

TRAGIS: Beberapa anggota polis mengangkat keluar mayat mangsa yang dicampak ke dalam sebuah parit di Jalan Kampung Beraya Lama, Bakam, Miri.

MIRI: Hasrat seorang gadis untuk menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada ayahnya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di sebuah parit kecil di Kampung Beraya Lama, Bakam di sini dipercayai dibunuh oleh rakan sekelasnya.

Ketika ditemui sekitar jam 2.30 petang semalam, mayat mangsa yang dikenali sebagai Tiffany Wong, 17, yang memakai kemeja-T warna hitam dan berseluar pendek kelabu gelap berada dalam posisi terbaring dengan mengiring ke sebelah kiri sambil kepalanya dibungkus menggunakan sebuah plastik berwarna hitam dan diikat di bahagian leher.

Penemuan mayat mangsa adalah berikutan maklumat yang diterima daripada suspek sendiri yang kemudian memandu arah polis ke kawasan itu yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar Miri dan setengah kilometer dari jalan utama Jalan Pesisir Pantai di sini.

Menurut sumber, sekitar jam 11 pagi Khamis lalu, mangsa telah keluar rumah dengan dijemput oleh suspek untuk pergi mengambil slip keputusan SPM yang tertinggal dalam beg seorang kawannya untuk ditunjukkan kepada ayahnya.

Dikatakan selepas pulang mengambil slip keputusannya pada Rabu lalu, mangsa telah keluar bersama beberapa orang rakan sekolah untuk meraikan kejayaan masing-masing.

Semasa hendak pulang, mangsa terlupa mengambil slip keputusannya itu yang disimpan dalam beg salah seorang rakannya.

Pada peperiksaan SPM yang lalu, mangsa yang menuntut dalam kelas aliran sains di SMK St. Jospeh di sini dikatakan turut mencapai keputusan cemerlang dan berhajat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sehingga lewat petang (Khamis), mangsa gagal pulang ke rumah, sementara telefon bimbitnya ketika dihubungi juga tidak berjawab menyebabkan ahli keluarganya mulai risau dan mula melancarkan gerakan mencari di sekitar pusat bandar serta ke rumah kawan-kawan mangsa.

Sehingga pagi semalam, mangsa masih gagal ditemui menyebabkan ahli keluarganya pergi ke pejabat sebuah syarikat telekomunikasi untuk menyemak senarai nombor individu yang berhubung dengan mangsa sehingga membawa kepada penemuan nombor telefon suspek dan alamat kediamannya.

Menurut sumber, mangsa dipercayai mati akibat dicekik beberapa kali di bahagian leher sebelum kepalanya dimasukkan ke dalam sebuah plastik dan kemudian dicampak ke dalam parit berkenaan beberapa jam selepas dia dilaporkan keluar rumah pada Khamis lalu.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang hari sama (Khamis) dalam kereta yang dipandu suspek.

Sementara suspek yang berusia 17 tahun yang merupakan rakan mangsa sejak menuntut di Tahun Enam dan kini sedang menuntut di sebuah universiti di sini telah datang menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri dengan ditemani ahli keluarganya sekitar jam 12.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Polis (ACP) Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kita akan menyiasat dari segenap aspek untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang membawa kepada pembunuhan mangsa,” katanya sambil memberitahu kes tersebut dikelasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu menurut beliau, polis juga tidak menolak kemungkinan suspek cuba merogol mangsa menyebabkan mangsa melawan berikutan terdapat kesan cakaran pada bahagian lengan kiri suspek.

Bagaimanapun kata Jamaluddin, sama ada mangsa telah dirogol atau sebaliknya hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat dilakukan ke atas mangsa dalam tempoh terdekat ini.

Mangsa merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik dan merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya.MIRI: Hasrat seorang gadis untuk menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada ayahnya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di sebuah parit kecil di Kampung Beraya Lama, Bakam di sini dipercayai dibunuh oleh rakan sekelasnya.