Ahad, 6 Mac 2011

APA PUNYA BODOOO PAS

Pas hina neraca., di akhirat necara juga digunakan dan bulan hancur lebut ketika itu !! Pas Ooiiii
Pas kata Kerdau tidak membangun tetapi minta pengundi buat undi protes kerana BN nak bawa kilang simen masuk ke Kerdau.  APA PUNYA BODOOO PAS.

Teringat kisah boodooo orang Pas Kampung Expo Kamunting yang buat solat hajat di surau diri jumaat supaya kerajaan tidak membina masjid. Islam kepala bapak apa macam tu.. 



Undi PAS untuk protes projek kilang simen
Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 5 Mac: Seorang penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau mengingatkan, jika pengundi membuat keputusan memilih calon BN besok, bermakna mereka redha dengan pembinaan kilang simen di kawasan mereka yang akan menjejaskan manusia dan alam.

Khalid Seman, 56, dari kampung Teluk Sabak dekat sini ketika ditemui berkata, kerajaan negeri Pahang dengan syarikat pemodal YTL Cement akan membina sebuah kilang simen di Gunung Jebak Puyuh yang terletak dalam kawasan rekreasi Gunung Senyum di sini.
Tambahnya, meskipun pembinaan kilang bernilai RM1.2 bilion itu menerima  tentangan hebat daripada penduduk kerana masa depan mereka yang bakal dihantui masalah kesihatan, kerosakan alam sekitar dan menjejaskan sumber ekonomi kira-kira 300 ribu penduduk tempatan namun tetap tidak diindahkan.
“Dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) ini tidak ada langsung janji kerajaan untuk membatalkan projek berkenaan walaupun dibantah keras oleh penduduk kerana kehidupan kami tidak akan aman lagi selepas ini..

“Penduduk akan menanggung penderitaan kesihatan dan ekonomi yang merosot. Selepas ini jalan utama kampung akan sibuk dengan kenderaan berat seperti lori pengangkut tanah, jentera dan sebagainya pula akan mengancam keselamatan penduduk.

“Sebab itu pada kami pembinaan kilang itu tidak membawa apa-apa manfaat atau keuntungan kepada penduduk selain hanya menyebabkan kerosakan pada alam sekitar dan kerugian kepada penduduk,” katanya.

Khalid yang juga merupakan imam masjid Batu Sawar berkata, pembinaan kilang simen ini akan dimulakan bila-bila masa dari sekarang kerana kawasan tapak kilang sudah diterangkan. Jelasnya, kawasan gua batu kapur dan kuari di situ akan diletupkan.

“Kesannya, oleh kerana terlalu hampir dengan kediaman penduduk debu daripada projek berkenaan sudah pasti akan berterbangan mengganggu kesihatan mereka. Bala itu akan menjejaskan hasil tanaman penduduk sekali gus mencemarkan Sungai Senyum dan Sungai Pahang.
“Kesan awal pencemaran akan diterima ialah penduduk yang berdekatan dengan tapak projek iaitu sekitar Kampung Gunung Senyum, Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi Jengka 21, 22, 23 dan 24. Tetapi akhirnya seluruh perkampungan di sepanjang 50 kilometer Sungai Pahang dari Kuala Krau ke Temerloh dan Felda Gugusan Jengka yang melibatkan 300,000 penduduk akan terlibat.

“Ini berlaku apabila loji air berdekatan iaitu Loji Air Lubuk Kawah akan terdedah kepada kesan pencemaran. Hasil pertanian dan perusahaan ikar air tawar iaitu sumber utama pendapatan penduduk juga akan terjejas. Jadi, jika penduduk membantah projek ini mestilah ditunjukkan menerusi kertas undi,” ujarnya.

Ura-ura kerajaan negeri yang mahu membina kilang simen di kawasan tersebut telah ditimbulkan sejak dua tahun lalu iaitu yang kedua kepada syarikat yang sama selepas kilang simen Bukit Sagu, Kuantan.

Rata-rata berpendapat, jika kilang tersebut beroperasi, akan memusnahkan industri pelancongan di Gunung Senyum sekarang dan tanah tersebut akhirnya bakal terlepas kepada syarikat perniagaan bukan Melayu sebagaimana berlaku sebelumnya di Bukit Sagu.

Gunung Jebak Puyuh merupakan gunung tercantik antara lima gunung yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum. Selain Jebak Puyuh ialah Gunung Senyum, Gunung Terus, Gunung Balik Oi dan Gunung Che Ngah yang dikatakan memiliki khazanah alam yang telah terbina sejak jutaan tahun lalu termasuk nilai gua batu kapur yang dikatakan paling mahal di dunia.

Di situ juga merupakan kawasan tadahan air dan kawasan berpayanya pula pernah menjadi pusat tanaman padi dan kawasan pengeluaran ikan darat tersohor pada satu ketika dahulu.

Setiap tahun, dianggarkan 50,000 pelancong mengunjungi kawasan rekreasi Hutan Lipur Gunung Senyum. Dengan pembinaan kilang simen tersebut sudah tentu akan merosakkan kawasan itu sekali gus merugikan wang rakyat kerana kerajaan telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk membangunkan kawasan rekreasi di situ.

“Sebab itu PAS bersama penduduk membantah keras pembinaan kilang simen di Gua Jebak Puyuh. Projek seperti ini pernah dibina di kilang simen Bukit Sagu. Walaupun pada mulanya dirancang untuk menjana ekonomi negeri tetapi akhirnya dijual kepada syarikat besar kita rasa masalah ini akan berlaku perkara yang sama,” ujarnya.

Penduduk Kampung Gunung Senyum, Roslan Mohammad, 48 berkata, PRK merupakan waktu terbaik untuk penduduk membantah projek kilang simen kerana kerajaan pernah membatalkan projek kuari di Gua Kota Gelanggi tidak lama dahulu atas bantahan penduduk berdasarkan faktor alam sekitar, sejarah dan pelancongan.

Jadi beliau yakin bantahan penduduk terhadap pembinaan kilang simen terutama semasa PRK sekarang, mempunyai asas yang kuat sama seperti projek di Gua Kota Gelanggi.

“Mungkin kerajaan negeri mahu menambah pendapatan, tetapi tidak seharusnya terpaksa mengorbankan manusia, haiwan dan alam. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak merujuk kepada pakar-pakar sejarah tempatan, Jabatan Pelancungan, Perhilitan, Felda, Felcra, JBA dan persatuan penduduk tidak pula ditemui. Sebenarnya merekalah yang akan menerima kesannya nanti”.

“Carilah sumber pendapatan lain sebab Pahang banyak sumber semula jadi seperti perusahaan balak, pasir, pelancongan selain berusaha membangunkan industri hiliran daripada projek-projek besar,” tegasnya.