Penyokong dan ahli Pas yang setia menyokong apa saja yang dicakapkan , dilaungkan dan melaksanakan segala arahan oleh Nik Aziz , Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin bolehlah diumpamakan mereka yang sudah makan najis pemimpin mereka.
Apa saja yang didengar dari pemimpin mereka ditelan bulat-bulat tanpa memikirkan tahap kebenarannya.
Disuruh berbaring atas jalan, mereka buat, disuruh melawan polis, mereka sanggup lakukan atas nama jihad. Disuruh solat hajat didepan bangunan Dap , mereka lakukan, disuruh usung anak kecil untuk berdemontrasi sebagai perisai manusia, mereka sanggup lakukan tanpa rasa bersalah dan atas nama jihad Pas.
Kadangkala kita hairan juga, dalam Pas ramai anak-anak muda yang belajar di universiti dalam jurusan agama dan tahu akan hukum-hukum agama tetapi terus membisu apabila ayat quran dan hadis dipermainkan, diselewengkan oleh pemimpin mereka atas tujuan politik semata-mata.
Hairan, mereka yang berilmu tetapi gagal berfikir secara logik dan mantiknya. Membisu tanpa berani menegur fatwa-fatwa sesat pemimpin mereka. Apakah mereka yang belajar di menara gading hanya lulus kerja kursus secara copy and paste sahaja ?
Pas boleh lah diibaratkan sebagai setitik nila yang mampu merosakkan susu sebelanga. Begitulah bahayanya Pas kepada generasi muda negara .
Tidak mustahil satu hari nanti bumi ini akan tergadai oleh mereka yang menyokong Pas. Pejawat awam Pas menjadi duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan, pepat di luar , rencong di dalam. Perumpaan ini boleh ditujukan kepada pegawai kerajaan yang menentang kerajaan dan majikan dari dalam.
Hari ini hari penentuan, sudah pasti akan ramai kaki tangan kerajaan peringkat negeri atau persekutuan dan termasuk juga pelajar IPTA yang mendapat segala bantuan dan subsidi kerajaan akan turun padang untuk menjadi perayu undi kepada parti Pas di Kerdau dan Merlimau.
Yang pasti Dap akan tersenyum dari jauh melihat kebodohan bangsa Melayu yang enggan bersatu