Sabtu, 30 April 2011

Apakah tindakan Anwar selepas ini?

Anwar merancang satu demontrasi besar-besaran seperti yang pernah dilakukan sejurus selepas beliau dipecat daripada kabinet. Dalam pemecatan tersebut, Anwar hilang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga dipecat daripada Umno.

Sebaik sahaja beliau dipecat, Anwar berjaya mengumpulkan penyokongnya untuk berkampung dirumah beliau di Bukit Damansara.

Anwar telah menghimpunkan sebahagian kaki tangan di bawah kawalan beliau di Kementerian Kewangan, Biro Tata Negara, pensyarah-pensyarah universiti tempatan yang sama-sama bergerak dalam ABIM, semua kakitangan Institut Kajian Dasar, Pusat Islam dan pelbagai jabatan dan GLC yang mana Anwar telah lama implant orang-orangnya.

Anwar juga berjaya memikat kumpulan ahli parti Semangat 46 yang telah dibubarkan. Pengikut Pas juga mengambil peluang dan ruang untuk terus memprotes agas kerajaan BN yang ada ditumbangkan secara reformasi.

Pas terang-terang menunjukkan sifat mereka  yang hipokrit. Jika sebelum ini nama Anwar dijaja dalam setiap ceramah politik sebagai peliwat  oleh Mat Sabu kini Anwar dilihat sebagai seorang yang bersih dan dianiayai oleh Tun Mahathir.

Pas lupa bahawa satu ketika dahulu Anwarlah individu dalam kerajaan yang dilabelkan oleh mereka sebagai bersifat munafik.

Kesemua kekuatan yang berjaya dikumpulkan oleh Anwar telah melakukan huru hara di beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Antara lokasi pilihan  mereka ialah Dataran Merdeka , Jalan Tun Perak dan Masjid Negara. Ketika itu juga Mahkamah yang membicarakan kes Anwar terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penunjukkan perasaan atau peserta demo diberikan kain ikat kepala, setiap malam selesai berdemontrasi mereka dikehendaki mengembalikan kain lilitan kepala dan upah dibayar kepada mereka.

Upah yang dilumayan menyebabkan ia sebagai pemangkin kepada keluarga-keluarga Melayu dan pendatang untuk sama-sama mencari duit poket setiap kali turun berdemo.

Anwar dan orang-orang kanannya ketika itu hanya meninjau dan memberi arahan dari dalam kenderaan sahaja.

Selepas perbicaraan berjalan untuk beberapa bulan, kekuatan penyokong Anwar semakin berkurangan. Pekikan reformasi semakin basi selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

Bagaimanapun selepas 6 tahun dipenjara Sungai Buloh , Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin telah membebaskan beliau. Pembebasan ini merupaka satu kesilapan besar kepada negara.

Wan Azizah telah menggunakan Khairy Jamaluddin untuk tujuan mendapat pasport bagi membolehkan Anwar mendapat rawatan sakit tulang belakang di German.

5 tahun selepas dibebaskan Anwar kembali menjadi ahli parlimen dalam pilihanraya kecil pada tahun 2008 dan dengan kemenangan tersebut maka bergegar kembali laungan reformasi dan Anwar mencanangkan bahawa beliau akan merampas kerajaan pada 16 September 2009.

Dalam keghairahan untuk menawan Puterajaya, Anwar gagal mengawal nafsunya yang terlalu rakus. Nafsunya bukan sahaja terlalu obses kepada Puterajaya tetapi juga kepada kegiatan lamanya iaitu biseksual.
Isu pertama yang menghantuinya ialah kes liwat dengan Saiful yang sudah masuk tahun ke 4 dan akan berakhir tidak lama lagi. 

Jika 16 Mei ini Anwar didapati bersalah maka dia dikehendaki membela diri. Ini akan memakan masa untuk beberapa bulan lagi. Mengikut analisa yang dibuat banyak pihak, besar kemungkinan Anwar akan dipenjarakan sekali lagi.

Waktu ini lah Anwar akan merancang untuk melakukan sesuatu perkara yang luar biasa, mungkin satu gerakan ala Tahrir akan diledakkan di Kuala Lumpur. Ia sebagai jalan terakhir untuk beliau menyelamatkan dirinya daripada merengkok di dalam penjara.

Kini kes 'china doll' menjadi topik hangat. Ia bertambah hangat dengan sumpah laknat yang dibuat petang tadi di sebuah masjid di ibu negara.

Keganasan yang ditunjukkan oleh AMK Parti Keadilan Rakayat petang tadi mencerminkan satu lagi fenomena seperti 1998 akan berulang kembali. Cuma skalanya yang belum boleh kita gambarkan.

TM begitu yakin walaupun dengan bantuan facebook, twitter , tumbler dan sebagainya, rakyat tidak lagi akan terpengaruh dengan pujuk rayu beliau lagi.

Anwar hanya ada satu talian hayat jika beliau benar-benar terdesak. ia itu Pas. Pas akan sedia mengangkat senjata walaupun dengan bertongkat paruh demi mengizinkan mereka menawan Puterajaya melalui reformasi.

Bagimanapun impaknya tidak lagi seperti dahulu, ini Pakatan Rakyat semakin ditolak rakyat.