Jumaat, 27 Mei 2011

Azli Taliban yang menghina Mufti Perak







Azli Taliban semasa menjadi penceramah Pas di surau dan masjid sering mengkritik permainan bola sepak. Baru-baru ini beliau telah menghina Mufti Perak kononnya makan gaji duit pelacur, duit judi, duit arak dan macam-macam lagi tuduhannya.

Bagi Azli permainan boleh sepak adalah haram kerana pemain mendedahkan aurat. Bagaimana pun setelah Pas dan Dap menguasai 11 bulan negeri Perak, Azli Taliban tiba-tiba diangkat menjadi Pengurus Pasukan oleh Nizar Jamaluddin. Maka segala yang haram menjadi halal semula.

Sepanjang lebih setahun menjadi pengurus pasukan, Azli dibayar gaji oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).  Bagaimana dengan gaji tersebut, tidak kah ia juga haram?



Siapa kata seorang ustaz tak boleh urus pasukan bolasepak. Kata orang, ustaz hanya layak mengajar di surau & masjid dan tukang baca doa dalam kenduri-kendara. Hari ini, Ybhg Ustaz Nor'Azli Musa atau Ustaz Taliban telah buktikan bahawa mereka yang berpendidikan agama juga boleh uruskan pasukan bolasepak. Beliau kini adalah pemangku pengurus pasukan bolasepak profesional Negeri Perak. Sempat berbual dengan beliau selepas perlawanan malam tadi. antara cita-cita beliau dalam sukan adalah untuk menanam kefahaman kepada pemain, penyokong dan rakyat Negeri Perak bahawa Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk aktif dalam sukan, yang penting hukum-hakam agama sentiasa dipelihara dan kata beliau, tugas dakwah tidak pernah dilupakan walaupun sebelum ini dakwah Islamiah sangat sukar menembusi tembok stadium. Kami doakan semoga Ustaz Nor'Azli berjaya mencapai cita-citanya. Sewaktu keluar stadium , ramai penyokong Perak yang datang dari KL dan Selangor menunggu di luar stadium. Hebat Yob! Walaupun kalah tetap sporting dan bagi semangat pada pemain dan pengurusan. Tak macam penyokong-penyokong negeri lain. Ramai juga menunggu untuk bergambar dengan Ustaz Toliban. Tahniah! Ustaz.... 
TM mencabar Azli supaya memulangkan semua wang yang diperolehi semasa menjadi Pengurus Bola Sepak Perak.