Ahad, 22 Mei 2011

Kalau Melayu tak sokong Utusan Malaysia ?

Utusan Malaysia adalah satu-satunya akhbar Melayu yang terunggul dan terawal. Apa tidaknya, usianya sudah 73 tahun. Lebih tua daripada Berita Harian yang baru mencecah 54 tahun.

Utusan bermula dengan perjuangan dan suara intelek Melayu menentang penjajahan British sebelum perang dunia kedua lagi.

Utusan bermula di Singapore dan berpindah ke Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur, dan yang lebih signifiken lagi ialah ianya menggunakan tulisan jawi.

Harakah pun tak guna jawi. Utusan sampai kini masih wujud edisi jawi walaupun edarannya percuma bersama Utusan setiap hari Isnin.

Kehebatan Utusan dalam membangkitkan semangat Melayu dan menyokong agenda kerajaan, sangat-sangat dicemburui oleh pihak pembangkang seperti Pas, Dap dan Pkr.

Anwar Ibrahim adalah musuh nombor 1  Utusan dan dia lah yang menghasut supaya rakyat Malaysia membenci Utusan Malaysia.

Tahun 1993, Anwar juga telah memperalatkan Utusan supaya menyokong perjuangannya untuk menewaskan Tun Ghafar Baba,  Hatta Wahari adalah balaci Anwar dalam Utusan ketika itu sehingga ke hari pemecatannya bulan lalu.

“Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu?  - Anwar Ibrahim

Di atas adalah kata-kata Anwar dalam blognya.  Kalau Utusan tidak benarkan orang berfikir dan memberi pendapat, maka tak wujudkan ruang forum dan sebagainya yang membenarkan pembaca menulis komen, artikel, sms dan sebagainya.

Blog Taipingmali yang bodo ni pun masuk Utusan Malaysia beberapa kali. (bodo kata orang Pas dan Pkr lah-bodo pun pembaca lebih dari 3 ribu sehari)  Jadi cakap Anwar memang tak boleh pakailah.

Sebagai seorang Melayu , Akhbar Utusan wajib dipertahanankan walau apa cara sekali pun. Kita faham bahawa media baru adalah cabaran utama kepada Utusan. Mungkin 20 atau 30 tahun akan datang tiada lagi cetakan Utusan tetapi ia akan terus hidup dalam bentuk media maya.

Orang Melayu pula ramai yang kedekut, bila harga akhbar naik, mereka mula stop membeli tetapi lambat jumpa atau pantang jumpa, pakat berebut nak baca.

Di pejabat kerajaan atau sekolah-sokolah pun sama cerita. Kalau depan orang buat-buat boikot tak mau baca, tetapi senyap-senyap bubuh dalam beg untuk bawa balik , kononnya nak buat lapik sangkar kucing dan lain-lain.

Sikap orang Cina terhadap akhbar-akhbar Cina pula berbeza daripada sikap orang Melayu.  Orang Cina yang tak tahu membaca pun akan tetap membeli akhbar mereka sebagai sokongan dan survival budaya dan penulisan bahasa cina. Sebab itu lah akhbar cina boleh wujud versi pagi dan versi petang.

Akhbar Melayu keluaran Utusan dan Berita tidak mampu menandingan kehebatan akhbar cina. Kita semua tahu penduduk Melayu lebih besar jumlahnya dari cina tetapi dari segi pengedaran dan cetakan akhbar cina pula ia lebih besar daripada akhbar Melayu.

Samalah dengan apek yang tanam sayur dan tak ada anak cucu yang bersekolah di SRJKC, tetapi apabila datang AJK sekolah minta derma untuk membesarkan dewan sekolah, dengan senang hati dia menghulurkan wang tak kurang sebelah tangan.


AMK Pondan Yang Di Bela Oleh Pandikutti..

Secara tbia-tiba angkatan muda keadilan (amk) yang hari tu beria-ia sangat nak berdemo depan pejabat utusan mendivertkan demo depa ke kedutaan australia apa bila depa tahu, demo yang depa nak buat depan pejabat utusan akan di sambut dengan meriah oleh perkasa dan pemuda umno.
Kenapa tiba-tiba amk divert demo tu ke kedutaan australia? jawapannya cukup mudah, amk takperlu berselindung di sebalik kenyataan yang isu lynas lebih penting kerana ia membabitkan kesihatan orang ramai, apa yang jelas sekarang ni ialah, satu malaysia dah tahu, amk dan juak-juaknya memang penakut, bacul dan tak ada telur. mereka hanya berani kalau yang datang berdemo tu geng-geng mereka sahaja, tapi kalau nak berdepan dengan perkasa atau pemuda umno, luruh habis telur mereka.

Jadi sekarang ni kita dah tahu, amk adalah satu pertubuhan pondan yang menjadi sayap kepada parti keadilan rakyat, so lepas ni kalau korang jumpe bebudak yang pakai baju amk, korang ludah je depa ni, depa tak akan berani melawan, pasal depa ni pondan. haahaaahaaa.....