Isnin, 2 Mei 2011

PEKAN TRONOH, PEKAN HANTU!



Siapalah agaknya ADUN Tronoh? Berdasarkan keadaan pekan berkenaan, ternyata ia merupakan sebuah pekan hantu atau pekan tinggal. Kebanyakan premis yang terdapat di pekan Tronoh, hanyalah barisan kedai usang yang menunggu masa untuk roboh dan menjadi puing-puing tinggalan tamaddun manusia.

Ironinya, tinjauan mendapati, peniaga-peniaga tua di pekan tersebut tidak mengenali wakil rakyat mereka. Apabila disebut tentang V.Sivakumar, bekas Speaker DUN Perak, kebanyakan mereka menggeleng sambil berkata, mereka tidak tahu dan tidak pernah mengenalinya. V.Sivakumar yang mewakili DAP dan merupakan sekutu kuat Nizar Jamaluddin ketika pemimpin PAS itu menjadi Menteri Besar, boleh dikatakan tidak pernah turun menjenguk kawasan.

Atau dengan kata lain, V.Sivakumar adalah wakil rakyat yang hanya tahu mentekedaghah elaun bulanan tetapi langsung tidak tahu buat sebarang kerja. Kerjanya yang paling utama adalah menjilat Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham.

Ternyata, segala macam janji DAP di Tronoh sebenarnya tidak pernah ditunaikan. Disebabkan kegagalan wakil-wakil mereka bekerja, maka antara alasan yang paling kerap diberikan ialah, ketiadaan peruntukan daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat, atau dianaktirikan oleh pentadbiran negeri dan pentadbiran pusat. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya ialah, wakil rakyat dari DAP sebenarnya memang tidak pernah buat kerja dan tidak tahu apa-apa tentang rakyat yang mereka wakili.

Pekan Tronoh adalah lambang dan buktinya.

Mana cakap pandai DAP untuk memajukan sesebuah kawasan seperti yang kerap mereka laungkan selama ini? DAP berkuasa selama 11 bulan di Perak tetapi tiada satu pembangunan pun dirancang untuk Tronoh, kawasan yang tradisinya milik DAP. Tronoh berada di bawah Parlimen Batu Gajah. Parlimen Batu Gajah mengandungi tiga DUN iaitu Menglembu, Jelapang dan Tronoh. Ketiga-tiganya serta Parlimen berada di tangan DAP, tetapi Jelapang kemudiannya melompat keluar yang menyaksikan DAP tumbang di Perak sebagai kerajaan.

Ternyata, kejayaan menguasai Parlimen Batu Gajah dan ketiga-tiga DUNnya, tidak memberikan sebarang erti kepada DAP. Sebaliknya DAP lebih sibuk untuk menguasai Parlimen dan DUN yang mengandungi ramai Cina sebagai pengundinya tanpa sebarang ikhtiar untuk memajukan kawasan yang mereka telah menangi seperti mana yang berlaku di Parlimen Batu Gajah.

Sumber : Perak Today