Ahad, 26 Jun 2011

Fw: [sim] PERLU INFO : Kes murtad Lina Joy

1) Kes Lina Joy tak akan di ambil oleh mana-mana peguam muslim atau peguam yg menghormati ugama Islam. Kalu tak de Ambiga ingat Lina Joy boleh menang ke? Mungkin dgn masuk ke pusat pemulihan/tarbiyah dpt juga hati nye.

2) pengikut bersih mengikut pemimpin yg terang2 memerangi ugama islam rasenye mcm tak kena. kalau mat sabu yg mengetuai bersih saya akan ada di situ, tapi dgn Ambiga di situ saya takut ada muslihat lain, apatah lagi dia memang terang2 membenci ugama islam.


2011/6/25 joko lungo <jokolungo3@yahoo.co.uk>



assalamualaikum warahmatullah


yang disokong orang ke apa yang nak dicapai? bersih2 ni tuntut ambiga jadi president melaysia ke? atau tuntut dia jadi senator ke? atau tuntut dia jadi menteri ke.?


yang disokong adalah matlamat bersih agar pilihanraya dimalaysia adil dan telus.. membolehkan orang yang terbaik mewakili rakyat.....


anda mau orang yang terburuk (tapi ada wang ada kuasa) mewakili anda di perleman?


I don't know what the key to success is, but the key to failure is trying to please everyone.

I'm not perfect, i make mistakes, hurt people, but when i say sorry.I mean it.

On Sat, 6/25/11, Masaufi <masaufi@asahikosei.com> wrote:



Ye lah memang orang dulu ada buat silap...Tapi yang korang dukung musuh islam tu kenapa????


Sokong macam nak rak....Kalau nak sokong pas ke, Umno ke sokonglah....Tapi yang baik tu kita akuilah....


----- Original Message -----


From: Guerlain erlain


To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com



The government does not stand under the roof of ISLAM but merely using the term of "Negara Islam" to manipulating moslem's mind is weak by itself that of the government could not even stop/punish murtads..The so called NEGARA ISLAM started blaming the non believer/NGOs/others for his weakness....not all believer is purely islam/good muslim but non believers are definitely infidels....hence if your government a true believer in islam, the government will take up the his responsibilty to practice the islam law without giving any excuses..a weak government led to moral decay and oppression of his own brother and the nation as whole and a weak government too will take any means irrespectice HALAL and HARAM to cling to power

On Fri, 6/24/11, xstream <pejal71@gmail.com> wrote:

Memang Mahathir dan BN yang luluskan undang2 tukar agama boleh selepas umur 18 tahun. Tak caya tanyalah cik Zul 110 persen tuh. Kita ikut2 undang2 Lord Reid jadi siapa yang terima dan setuju dulu?? UMNOlah..kan UMNO sayap kanan British sebelum merdeka. Kesannya tidak seperti kisah Natrah, org Melayu dan hilang hak, orang Melayu diikat dengan udang2 sendiri yang dibentuk oleh British dan dipersetujui oleh cerdik pandai UMNO. Kesannya sekarang nak laksanakan undang2 Hudud pun disekat dan dikatakan mundur. Kes2 murtad dan tukar agama dari Islam ke agama lain sekarang dipermudahkan dalam pemerintahan BN. Orang kafir memang tidak faham Islam, dan kita pula melenting macam orang bodoh, mana kekuatan kita, kenapa rancangan hiburan dan lagha semuanya org melayu?? kenapa UMNO suka anjurkan konsert sebagai cara nak tarik melayu supaya lalai (macam iblis jer), kutbah jumaat pun baca...kenapa azan dihilangkan banyak dari channel tv? Kehidupan rakyat terutama Melayu semakin terhimpit, tapi hilang himpitan itu dengan muzik dan konsert...kesian..Melayu semakin lemah dalam pemerintahan BN, ini kerana Islam dianggap upacara agama ketika ramadhan, syawal dan nikah. Aku masih ingat org melayu pakai songkok dan baju melayu bersampin menari lambak dalam citer P.Ramlee, siap bagi tiket kepada pompuan yang beratur menunggu untuk menari. Pakai songkok beb..UMNOlah yang dulu bersetuju benarkan majalah lucah masuk Malaysia dan ditentang keras oleh ulama dan akhir kembali disekat semula setelah setahun. Kalau tiada ulama maka hancur negara bro. Tak payahlah takut Ambigaa tuh, macam UMNO takut DSAI..ini negara Melayu beb...tiada siapa persoal, DAP berjuang Malaysian Malaysia ikut pemikiran keadilan dier dan samalah 1 Mesia dari pemikiran Najib , dan Islam pun mencadangkan keadilan kepada semua dan Islam sebagai Rahmat kepada manusia, hak2 Melayu tidak pernah DAP persoal pun dan ada org Melayu dalam DAP tuh. Maruah Melayu dah punah dalam UMNO, sampai CSL kutuk Islam pun depa diammmm sediammm diammmmnya....pemimpin porno pun Melayu UMNO hormat. Selamatkan malaysia dari UMNO dan BN..kalau hak2 Melayu boleh hilang dengan UMNO..hak2 bangsa lain..lagilahhhh hilang..atau silap2 MCA dan gerakan akan pegang...sokong ler UMNO hehheh...


2011/6/24 zamri harun <zamlope@yahoo.com>




Setuju, maruah Islam dilanyak oleh sebilangan bukan Islam tapi paradok nya ialah bukan Islam tersebut dijadikan kawan baik dan teman seperjuangan oleh sebilangan orang Islam yg konon memperjuangan Islam.............mereka juga tidak memperjuangkan hudud tetapi bercakap tentang hudud, bila bercakap dgn Melayu, mereka jaguh agama, bila Ambiga menangkan Lina Joy, mereka bercakap undang2 kerajaan berkait murtad lemah...hahaha


Sent from my BlackBerry® smartphone


From: Ibnu Daud <usereee@hotmail.com>


Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com


Date: Fri, 24 Jun 2011 10:50:27 +0800


To: <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>


ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com


Subject: RE: [sim] PERLU INFO : Kes murtad Lina Joy


salam,



saya tidak rasa kes lina joy adalah kes persendirian. ia adalah kes utk kita umat Islam yg dah gagal utk menyelamatkan aqidah saudara seagama kita sendiri.


inilah masalah umat kita yg sudah tidak sensitif dan dah mula pinggirkan amar ma'ruf nahi mungkar. masing2 hidup cara sendiri, kubur masing2 katanya...masalahnya kalau mati u, org lain jugak yg kena sempurnakan jenazah dia



entahlah yeop




To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

From: abha56@gmail.com


Saudara M.Zahid,


Rumusan nya ini adalah dua perkara yang amat berbeza umpama langit dengan bumi.


Kes Lina Joy adalah kes hak persendirian manakala kes Bersih adalah hak jutaan rakyat yang mahu ketelusan adan keadilan..Itu sahaja.


Jangan lah di persulitkan yang sudah jelas.


A.H.


Assalamualaikum,


saya berharap sahabat SIM ada pengetahuan tentang kes Lina Joy dapat memberi sedikit penjelasan mengenai kes tersebut.


Adakah Lina Joy ini seorang mualaf yg warak sehebat Robiatul Adawiah sentiasa memakai purdah warna hitam seluruh badan dan menutup mukanya tetapi dek kerana terkena colok colok tok sami buddha dan dgn tiba tiba dia terus ingin keluar dari agama Islam.


Ini adalah senario semasa melibatkan kes Civil dan Syarak bertembung yg memerlukan kupasan menarik untuk dijadikan rujukan masa depan masyarakat Islam di negara ini mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

Thu, 23/6/11, M. Zahid B. Md Yasin -- <pppsdg41@yahoo.com.my> wrote:

PANDANGAN : BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih

To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

Date: Thursday, 23 June, 2011, 10:55 AM



Telah hampir kepada tarikh hari Perhimpunan Bersih, Ketua Dewan Ulama PAS kata Wajib dan Ulama' Muda UMNO kata haram. Pertentangan dua berlebel ulama' adalah berbeza, seorang kata wajib kerana di nisbahkan kepada AMAN dan seorang kata HARAM nisbah kepada menyusahkan. Orang yang taksub kepada ULAMA' PAS tidak kata apa2 terus ikut dan kata wajib, seorang yang taasub kepada ULAMA' UMNO pun terus kata haram. Saya tidak ingin masuk campur dengan kenyataan dua2 ulama' ni. Pada kita yang benar itu benarlah dan yang salah itu salahlah. Cuma saya nak kasi tahu sahabat2 penganjurnya ialah AMBIGA SREENEVASAN merupakan orang yang menuntut penggunaan nama Allah di dalam akhbar Kristian. Jumhur Ulama' sunni dan pengikut Sunni mengharamkannya dan mempertahankan yang haram itu murtad. Ramai dikalangan Ulama' PAS bertelagah mengenai perkara ini, Mursyidul Am Pas kata boleh manakala Timbalannya kata Haram. kecacatan ilmu yang membawa manusia kepada haram dan memertahankan yang haram itu MURTAD merupakan kecelakaan yang amat besar dilakukan oleh manusia. Apatah lagi dikuatkan pula Hujah Oleh Presiden PAS di dalam Harakah mengsamawikan agama Kristian dan Yahudi. AMBIGA SREENEVASAN juga merupakan peguam kepada Kemenangan Lina Joy mempertahankan kemurtadannya setelah murtad. Akhirnya PAS yang disokong kuat Mohamad sabu telah bersetuju dengan pimpinan AMBIGA SREENEVASAN mengadakan himpunan BERSIH. Apakah kita umat islam bersetuju dengan perhimpunan BERSIH di atas pimpinan AMBIGA SREENEVASAN ini? Setelah membawa umat Islam di malaysia kepada lembah Murtad dan mempertahankan murtadnya Lina Joy? Dimanakah bijaknya kita berpidato di atas pentas sehingga memukau jutaan manusia tiba2 terikut2 dengan kafir yang memurtadkan dan mempertahankan murtad?...cerdikkah kita bergelar ulama' sehingga terleka dalam hal seperti ini?



DISEBALIK TABIR NGO YANG MEMPERTAHANKAN MURTADNYA LINA JOY:-


§ Malaysian Bar Council

§ All Women's Action Society (AWAM)

§ Sisters in Islam (SIS)

§ Catholic Lawyers Society

§ Interfaith Spiritual Fellowship

§ Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)

§ Malaysian Consultative Council of Buddhism,

Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)

§ National Human Rights Society (HAKAM)

§ Pure Life Society

§ Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

§ Vivekananda Youth Movement, Seremban

§ Women's Aid Organization (WAO)

§ Women's Development Collective (WDC)



Inilah yang berlaku, juga merupakan penasihat2 DAP yang berhubung dengan Singapore yang Bapaknya Lebih Bapak daripada APCO. Malah seluruh pimpinan DAP meletakkan bahu dan tengkuk masing2 di bawah Gugusan ini.



From: selasa rabu <abifarhan03@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 22 June 2011 22:18:40
Subject: [sim] PANDANGAN : BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih


BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jun 22, 11

2:37pm

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;



Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.


Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.




Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.


Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Perkara haram


adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku".

Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku".

Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.


Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Hak rakyat

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.


Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.


Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan.

Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan.

Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.


Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan.

Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.


ULASAN ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.